berita

‘Tidak Tuju Kepada Sesiapa’ – Niat Maria Tunku Sabri Nak Kongsi Berita Terkini Disalah Tafsir Netizen

March 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Didakwa sering mencetuskan kontroversi apabila menamakan menu masakan dengan isu semasa, Maria Tunku Sabri tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Artikel berkaitan:‘Sumbat Dalam Tong’ – Netizen Selar Nama Resepi Maria Tunku Sabri

Artikel berkaitan:Diselar Tak Jaga Sensitiviti Kematian Anggota PGA, Maria Tunku Sabri Mohon Maaf

Cuma nak kongsi berita terkini

Saya cuma nak share berita terkini tapi disalah tafsir.

Menerusi Instagram Maria, dia memberitahu bahawa niatnya sekadar untuk berkongsi berita semasa kepada pengikutnya di media sosial tersebut. Namun begitu, sesetengah individu telah salah tafsir niat baiknya itu.

Kalau pengikut saya yang sudah lama mengikuti saya di Instagram, tentu mereka sedia maklum yang saya suka bergurau. Namun, saya tegaskan di bahagian bawah kapsyen dalam hantaran itu saya tidak tujukan kepada sesiapa, sebaliknya berkongsi nasihat secara umum.

Menerusi laporan Harian Metro, Maria yakin pengikutnya sendiri sedia maklum mengenai sikapnya yang suka bergurau.

Terima pelbagai cemuhan

Ada yang menulis komen dengan bahasa kasar. Ada yang dari segi penampilan bukan main nampak seperti agamawan, tetapi cara memberi nasihat tidak seperti yang sepatutnya. Saya mesej orang-orang ini dan saya doakan supaya mereka diberikan kesejahteraan dalam kehidupan sebelum menyekat akaun mereka.

Ujar Maria lagi, dia menerima pelbagai cemuhan daripada netizen, bahkan ada juga yang membuka akaun media sosial palsu semata-mata hendak menulis komen negatif. Sebelum ini, dua nama resepi masakan Maria menjadi viral di media sosial. Menurut netizen, Maria tidak sensitif dalam pemilihan nama resepinya apatah lagi tidak menghormati keluarga arwah.

Sumber: Maria Tunku Sabri & Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×