Bersempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta pada hari ini, PU Riz dilihat memuat naik sebuah posting ucapan romantik buat Neelofa. Sweetnya!
Artikel Berkaitan: [FOTO] Neelofa & Suami Titip Doa Buat Putera Sulung, Ucap ‘Happy Birthday Bilal Ku Sayang’
Selamat ulang tahun
Menurut PU Riz, Neelofa merupakan insan terpenting dalam hidupnya. Sebagai suami, PU Riz meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang bertanggungjawab dan pandai menjaga anak-anak.
Bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut menyifatkan isterinya sebagai wanita solehah dan berharap bahtera rumah tangga yang dibina itu akan berkekalan buat selama-lamanya.
Tidaklah ku harapkan apa-apa darimu. Cuma secebis doa, cinta dan kasih sayang. Terima kasih melahirkan anak-anak kita. Memiliki ibu sepertimu adalah satu keuntungan buat mereka. Selamat ulang tahun. Semoga dirimu dirahmati selalu.
Sumber: PU Riz