berita

‘Tidurlah Di Rumah Baru B..’ – Suami Meninggal Akibat Kemalangan, Luahan Isteri Undang Sebak

September 6th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Hati isteri mana tak sedih apabila suami meninggal dunia saat anak meraka masih kecil. Lebih menyedihkan suaminya pergi pada hari kelahiran ibunya. Hari yang sepatutnya diraikan bertukar menjadi tragedi hiba. Suami wanita ini meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sebak baca luahan wanita ini..

Aku meraung macam orang gila

Bangun-bangun tidur suami aku dah takda. Betul-betul dah tak balik lagi dekat aku ngan anak-anak. Allah tak kuat rasanya. Tak tahu nak cakap macam mana. Bila ingat balik banyak tanda-tanda arwah nak pi. Suka sebut pasal mati! Tak sangka betul betul terjadi. Dia pernah cakap macam mana kalau papa mati. Macam mana dengan Aayla. Boleh ke Aayla hidup tanpa papa? Betapa sayangnya dia dekat anak dia. Anak dia tu baru 3 tahun lebih boleh dan fikir macam mana nanti Aayla kawin boleh ke dia lepas anak dia?

Aku terus kata kat dia anak B kecik lagi kut. Takkan dan dah fikir sampai macam tu. Lagipun kalau Aayla dan besar takkan kita tak kasi kawin. Siapa nak jaga dia nanti tua. Gelak dia hihi. Masa Razin accident ada seorang adik ni hantar gambar, dia kata kak cuba tengok motor abang baby kaka. Aku tengok tengok terus meraung macam orang gila. Dengan anak anak sekali nangis. Aku yakin tu suami aku. Aku kenal tali pinggang dia. Aku kenal baju keja dia. Suami aku tu.. Allah.

Menurut wanita ini, sebelum suaminya meninggal dunia, dia sempat berbual mengenai anak kecilnya yang beru berusia 3 tahun. Arwah selalu bimbang jika dirinya meninggal dunia bagaimana nasib anak perempuannya itu.

Tulang peha terkeluar, lutut pecah

Aku call suruh adik aku datang rumah cepat. Nak pi tempat kejadian. Nampak ambulan kejar ambulan. Tapi aku yakin bukan laki aku dalam tu. Buat voice kat adik yang antar gambar kat aku tu. Tanya dia Liza yang ambulan bawak tu sapa? Dia balas yang ambulan bawak tu orang lain. Abang depa dah tutup dengan plastik hitam. Allah meraung aku pi tempat kejadian aku lari nak pi kat suami. Tapi ada yang halang. Duduk aku ngan Aayla kat situ tengok suami dah takda. Yaa dalam keadaan SUJUD..Dia pecah kepala blah belakang mungkin terlampau sakit sampai dia sujud..Subahanallah.

Masa pi bilik mayat nak cam mayat suami. Ya betul tu suami aku. Muka dia bengkak kepala dia teruk. Tulang peha dia terkeluar dan lutut dia pecah. Doktor kata dia cedera parah dikepala..Allah. Berat nya ujian kami anak beranak dan keluarga. B rehat la B, B selalu cakap B penat B letih. B selalu sakit kepala. Tidur la B dirumah baru B. Sayang kat sini akan selalu doakan B. Sampai sekarang sayang masih tak percaya yang B dah takada. 2 hb birthday mak B. Tarikh ni juga B pergi tingglkan kami semua. 28.08 baru je B masuk 32 tahun. B meninggal diusia B muda..Allah Allah Allah..

Ketika dikhabarkan berita sedih ini, wanita ini meraung seperti tidak percaya. Mayat suaminya dalam keadaan sujud kerana belakang kepala pecah sehingga dia tidak mampu menahan. Lebih menyedihkan apabila arwah meninggal pada hari kelahiran ibunya.

Sumber : Cik NaJwa

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×