berita

‘Tidurlah, Sayang…’ – Anak Ali Puteh Meninggal Dunia Di Usia 3 Bulan

November 26th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Memang sukar untuk ibu bapa terima hakikat akan kehilangan anak yang disayangi buat selama-lamanya. Pelawak Ali Puteh terpaksa reda terima kenyataan anak perempuannya iaitu adik Sharifah Nur Ainul Mardhiah kembali menghadap Ilahi.

Syurga tempat kamu, sayang

https://www.instagram.com/p/B5UF0dlFmgs/

Ali Puteh menerusi perkongsiannya di lama Instagram memaklumkan berita sedih itu kepada umum di mana adik Ainul telah kembali kepada Pencipta. Dia turut memohon agar semua orang mendoakan Al-Fatihah buat anaknya itu.

Sebelum adik Ainul operation

https://www.instagram.com/p/B5P741LF5jY/

Sebelum ini, adik Ainul yang berusia 3 bulan itu mengalami masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik. Adik Ainul pernah menjalani pembedahan di Insitut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, tempoh hari.

Kamu anak yang sangat kuat

https://www.instagram.com/p/B5IlmSmFZ3q/

Ali Puteh dan isteri iaitu Melati Fitri Abdullah sentiasa mendoakan agar anak mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Pasangan ini telah dikurniakan anak perempuan yang berusia dua tahun iaitu Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia dan reda kehilangan adik Ainul pada usianya baru tiga bulan.

Sumber: Ali Puteh

SKIP THIS AD ×