
Klepet merupakan filem bergenre aksi komedi yang dipenuhi dengan keseronokan tiga sekawan yang bertukar menjadi tragedi apabila muncul seorang gadis misteri dari Ukraine.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Teruja Kembali Tercalon FFM34 – ‘Kali Terakhir Waktu Umur Saya 12 Tahun’
Artikel Berkaitan: Meerqeen Cuti Sembilan Bulan, Persiapkan Diri Untuk Projek Besar Tahun Depan
Bukan sekadar hiburan

Menurut pengarah iaitu Indra Putra, filem ini mempunyai jalan cerita yang unik dan berbeza meskipun ianya sebuah naskhah yang dilihat sebagai hiburan ringan.
Tambahnya, kerjasama antara tiga pelakon lelaki yang menjadi sebutan ramai iaitu Aedy Ashraf, Meerqeen dan Nadhir Nasar menjadi tarikan filem pertama arahannya.
Klepet menggabungkan gaya komedi pelbagai lapisan, daripada elemen komikal dan animasi, sehinggalah kepada lawak rawak yang spontan dan disesuaikan mengikut babak.
Pendekatan ini ternyata menjadikan filem Klepet ini agak berbeza berbanding dengan filem-filem aksi komedi yang pernah dipertontonkan sebelum ini.
Selain itu, Aeril Zafrel selaku penerbit berpendapat filem Klepet ini menampilkan kelainan dari sudut penceritaan serta pendekatan visual berbanding filem-filem aksi komedi yang pernah dihasilkan.
Ujarnya lanjut, filem ini bukan sekadar menawarkan hiburan semata namun mesej sosial yang relevan turut diselitkan.
Kami menghasilkan Klepet bukan sekadar untuk gelak ketawa. Ia juga membawa inspirasi terutamanya kepada golongan anak-anak muda memandangkan filem ini cukup dekat dengan jiwa mereka.
Filem ini mengetengahkan tentang nilai erti persahabatan, pengorbanan dan saling menyokong. Harapan kami, ia dapat menjadi hiburan yang sesuai ditonton seisi keluarga.
Selain tiga orang ‘Hero Malaya’, filem ini diperkuatkan lagi dengan kemunculan barisan pelakon hebat yang lain seperti Aeril Zafrel, Joey Daud, Eric Fuzi, Namie SMY, Adlin Aman Ramlie serta pelakon kelahiran Ukraine iaitu Darina Porhun.
Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 27 NOVEMBER 2025, Klepet turut dapat bantuan Dana Kandungan Digital (DKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Untuk makluman, tiket untuk menonton filem Klepet sudah dibeli dengan melayari laman sesawang www.tgv.com.my atau menerusi aplikasi TGV.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)