berita

Tiga Lagenda Rock Bakal Bersatu Di “Konsert Dimensi Rockarisma”

November 22nd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Rock bukan sebarang rock, kesemua 3 kumpulan rock ini mempunyai peminat mereka yang tersendiri di tanah air. Apakah perasaan anda apabila mendapat tahu bahawa kumpulan Sweet Charity, Lefthanded dan May bakal disatukan diatas satu pentas?

Tiga buah kumpulan dengan portfolio dan lagu masing-masing yang kukuh ini bakal menjadi satu lagi ingatan dan memori indah kepada peminat kerana mereka akan menggegarkan pentas pada 9 Februari 2013 bertempat di Stadium Jebat, Melaka. Konsert yang diberi nama “Konsert Dimensi Rockarisma” ini akan bermula pada jam 8.45 malam dan dianjurkan oleh Rockarisma Capital Sdn. Bhd.

Anda pasti sudah tidak sabar kan? Bayangkan lagu-lagu seperti “Kamelia” (Sweet Charity), “Ku Di Halaman Rindu” (Lefthanded), dan juga “Sendiri” (May) dinyanyikan secara langsung, pasti aura mereka akan membuatkan bulu roma anda meremang.

Jadi, tunggu apa lagi? Anda boleh mula dapatkan tiket di hotline tiketpro, 03-7880799 atau layari TicketPro Malaysia.

SKIP THIS AD ×