Tiga individu dipercayai penagih dadah telah ditahan oleh pihak polis selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan ke atas penduduk di Apartmen Idaman, Damansara Damai, pada Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pak Cik Baju Hijau’ Dituduh Jadi Suspek Kematian Zayn Rayyan? Anak & Jiran Tampil Jelaskan Hal Sebenar
Artikel Berkaitan: Punca Kematian Terjawab, Adik Zayn Rayyan Sah Dibunuh
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Rakaman Suara Didakwa Milik Ibu Zayn Rayyan – ‘Tak Ada Bunyi Kasut, Berdesup Hilang Macam Tu Je’
Tiada kiatan dengan siasatan
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga individu berkenaan adalah penduduk di kawasan berkenaan dan mereka didapati positif dadah.
Ujar Hussein, semua individu ini bagaimanapun tiada kaitan dengan siasatan membabitkan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Kebetulan ketika kami melakukan mass DNA screening itu, mereka positif dadah, jadi kita tahan bagi melakukan ujian air kencing untuk tindakan lanjut. Mereka tiada kaitan dengan siasatan ini.
Sebelum ini, Hussien mengesahkan keputusan berkaitan ujian DNA secara beramai-ramai penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini dijangka diperoleh dalam tempoh dua sehingga tiga hari.
Ujian berkenaan dijalankan adalah sebahagian daripada ‘mass screening’ yang dijalankan membabitkan penduduk di sini bagi menjejak pembunuh kanak-kanak itu.
Terdahulu, seramai 228 individu telah diambil ujian DNA membabitkan pemeriksaan unit rumah dan premis perniagaan di kawasan tersebut.
Sumber: Harian Metro