Foto: Peniaga colek, Mohd Azizi
Sebelum ini, tular kisah di media sosial melibatkan tiga peniaga yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Difahamkan, mereka (peniaga) telah dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 berikutan kesalahan yang dibuat.
Artikel Berkaitan: Peniaga Burger Dakwa Kena Kompaun RM50k, Jual Burger Lebih Masa
Artikel Berkaitan: ‘Hilang Kata-Kata & Tak Boleh Tidur’ – Peniaga Colek Rela Masuk Penjara Daripada Bayar Kompaun RM50k
Artikel Berkaitan: Sewa Tertunggak 7 Bulan, Kereta Kena Tarik, Peniaga Kena Kompaun RM50k Nak Bagi Kedai Sebagai Ganti
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, kadar kompaun yang dikenakan kepada ketiga-tiga peniaga itu diberikan pengurangan sehingga RM2,000.
Diberikan pengurangan sehingga RM2k
Foto: Peniaga burger, Wan Mohd Faisal
Difahamkan, kesalahan tersebut dilakukan pada 25 April yang lalu, dan ujar Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri (UIPN), pihaknya sudah menerima balik kes tersebut yang melibatkan kompaun berjumlah RM50,000.
Jelasnya lagi, peniaga burger itu dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan sama sekali tidak boleh dikurangkan berikutan ia merupakan kesalahan kedua yang dilakukan.
Bagi peniaga colek dan kedai runcit, kompaun dikeluarkan RM2,000, namun mereka akan mendapat pengurangan 50 peratus sekiranya membayar dalam tempoh tujuh hari dan dikurangkan lagi 50 peratus jika terdiri golongan B40.
Jika dikira kepada pengurangan bagi mereka yang layak dan membayar dalam tempoh ditetapkan, peniaga berkenaan hanya perlu RM500 sahaja daripada kompaun RM2,000 terbabit.
Sebelum ini, ketiga-tiga peniaga ini didakwa beroperasi lebih masa ketika tempoh PKP dan dikenakan kompaun susulan kesalahan yang dibuat.
Bersyukur dapat pengurangan
Foto: Peniaga colek, Mohd Azizi
Ujar Mohd Azizi, dia berasa amat bersyukur apabila mendapat pengurangan bayaran kompaun sehingga RM2,000. Pada masa yang sama, dia sudah hadir ke Pejabat Kesihatan bagi mengambil keputusan rayuan dan perlu menyediakan dokumen yang diperlukan bagi melayakkan dirinya membayar kompaun sebanyak RM500 dalam masa tujuh hari sahaja.
Saya berterima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu selama ini. Saya akan menyelesaikan kompaun ini dalam masa tujuh hari.
Sumber: Harian Metro