Meskipun mempunyai jarak usia sejauh 38 tahun, itu tidak menghalang Mohamed Saman, 62, dan Nur Arelya Azahar, 24, untuk menyemai cinta sekaligus membina mahligai bahagia dengan berumah tangga.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Beranikan Diri Luahkan Perasaan’ – Jarak Umur 26 Tahun Tak Halang Muhammad Danial Pikat Cikgu Sendiri
Pada awalnya menolak
Memetik laporan Harian Metro, Nur Arelya mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak pernah terlintas untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda sebelum ini kerana sibuk bekerja namun, dia begitu seronok dan menerima ketentuan Ilahi ini dengan hati yang terbuka.
Menurut Arelya, dia dan suami berkenalan ketika dirinya bekerja sebagai pembantu di sebuah restoran kira-kira empat tahun yang lalu.
Suami selalu singgah makan di situ jadi daripada situ, kami berkenalan. Mulanya suami sebagai pelanggan saja namun lama kelamaan nampak dia beranikan diri tegur saya dan nyatakan hasratnya untuk berkenalan.
Awal 2020, suami luahkan perasaannya terhadap saya dan ajak kahwin. Pada mulanya saya tak layan tetapi jadi lembut hati dan menerimanya selepas melihat kesungguhannya serta tahu statusnya yang sudah menduda sejak kematian isteri pada 2018.
Ada pengalaman jaga bapa yang sakit
Tambah Arelya lagi, meskipun berkahwin dengan lelaki yang lebih berumur dan menghidap penyakit diabetes, dia sama sekali tidak mempunyai masalah untuk menjaga suaminya itu kerana mempunyai pengalaman menjaga arwah bapanya, Azahar Mohamad Noor selama tiga tahun.
Lagipun, saya juga adalah pesakit bipolar dan tak boleh tinggal berseorangan terutama dalam gelap.
Suami pula selalu bagi sokongan jadi saya yakin dia tidak akan biarkan saya sendiri malah kami akan jaga satu sama lain.
Sementara itu, suami kepada Arelya yang juga merupakan pesara pembantu operasi Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak terfikir untuk mencari pengganti selepas kematian isteri.
Cuma, saya duduk rumah seorang diri, nak makan dan minum pun payah.
Jadi, saya bersyukur selepas dipertemukan dengan isteri yang sudi menerima saya walaupun sudah berusia dan yakin dia dapat jaga saya sehingga akhir hayat.
Kisah perkahwinan mereka ini mendapat pelbagai reaksi dan menjadi bualan warganet selepas tularnya beberapa video dimuat naik Arelya di TikTok.
Video
@arelya_azaharDenganmu ku punyai segala , takkan beruntung seisi dunia .Limpah kurniaan petunjuk bantuan ,tempuh hari yang mendatang ?? original sound – WN Sweet Sunnah
Sumber: Harian Metro, TikTok