Pelakon Shasha Abedul mendedahkan dia pernah berdepan masalah gangguan mental seperti depresi dan keresehan atau ‘anxiety’ sehingga diserang panik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shasha Abedul Terdetik Tutup Aurat Selepas Rasa Bersalah Nak Post Gambar ‘Free Hair’ Di IG – ‘Ini Perintah Allah’
Artikel Berkaitan: Shasha Abedul Dedah Masih ‘Single’, Nafi Bercinta Dengan Naim Daniel – ‘Saya & Dia Hanya Kawan’
Gangguan mental
Shasha, 28, berkata, situasi tersebut berlaku sekitar tiga tahun lalu dan dia terpaksa mendapatkan rawatan pakar psikologi dan ahli terapi untuk mengawal masalah berkenaan.
Tiga tahun lalu, saya mengalami gangguan mental, ‘depression’, ‘anxiety’ dan serangan panik.
Tapi saya tak sampai tahap nak cederakan diri sendiri. Bila tahun pertama saya rasakan perkara itu saya tak tahu macam mana nak mengawalnya.
Saya pergi jumpa ahli terapi dan pakar psikologi untuk kenal pasti apa yang saya alami dan macam mana nak tangani. Alhamdulillah, saya makin okay.
Shasha berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Project: Exit yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Tak bergantung ubat
Enggan bergantung kepada pengambilan ubat, Shasha memberitahu, tahap kesihatannya kini bertambah baik memandangkan dia turut menjalani sesi terapi berkala.
Selepas tahun ketiga, doktor ada bagi saya makan ubat. Tapi saya tak makan kerana saya tak mahu bergantung dengannya sebab itu juga saya jumpa ahli terapi.
Jadi, saya dapat keseimbangan dari situ. Pakar psikologi, dia doktor yang memang akan bagi ubat. Kalau buat terapi, kita boleh kongsi apa yang kita rasa.
Dalam pada itu, Shasha mendedahkan dia pernah diserang panik ketika penggambaran drama Project: Exit dijalankan susulan watak yang dibawa seakan sama seperti dirinya.
Bila saya bawa karakter Jannah dalam drama itu, sebenarnya beberapa peratus adalah diri saya sendiri.
Bila dapat naskhah tersebut, saya tak rasa pun macam saya tengah berlakon. Saya rasa Tuhan dah persiapkan diri saya lebih awal.
Saya juga beberapa kali diserang ketika ‘shooting’. Saya ingat lagi untuk babak terakhir untuk drama ini. Watak itu dah terlampau mengawal emosi saya.