
Sedekad menapak nama dalam industri, penyanyi dan komposer, Hael Husaini akui teruja untuk mengadakan konsert sulungnya, Hael Husaini & Repertoire, yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 8 Ogos ini.
Artikel Berkaitan: Hael Husaini Mengaku Dah Tak ‘Available’, Akan Kongsi Berita Perkahwinan Bila Tiba Masa
Artikel Berkaitan: Kes Penyelewangan Wang Berjumlah RM28,000, Hael Husaini Hadir Sebagai Saksi
Tiket hampir sold out

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama sebenar Hal Husaini Razmi, 38, tidak menyangka dengan sambutan luar biasa daripada peminat terhadap konsert sulungnya.
Menurut Hael, konsert ini merupakan janjinya kepada peminat yang menjadi tulang belakang dari awal kemunculannya dalam dunia hiburan.
Tiket dah habis terjual 90 peratus.
Kami mula buka untuk jualan umum dalam beberapa minggu lepas.
Alhamdulillah sambutan sangat saya tidak jangka sebenarnya.
Kali ini merupakan malam di mana saya menebus janji pada peminat yang lama menunggu.
Semoga malam itu mereka akan merasai sesuatu yang tidak akan dilupakan.
Hael berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang hadir sebagai saksi kes penyelewangan wang berjumlah RM28,000 yang melibatkan Syarikat Pengurusan Bakat, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd, baru-baru ini.
Bagaimanapun, pelantun lagu ‘Diam’ itu memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci adegan gimik yang bakal dijalankan pada malam konsert sulungnya.
Kita cuba bagi yang terbaik.
Kalau orang yang betul-betul kenal Hael Husaini, mereka tahu bagaimana persembahan malam itu nanti.
Saya sebenarnya teruja bagaimana diri saya nak sampaikan konsert ini setelah 10 tahun saya dalam industri.







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
