berita

‘TikTok Bawa Saya Lebih Dekat Dengan Keluarga’ – Mek Yun

August 22nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Mek Yun

Pempengaruh media sosial, Mek Yun menyifatkan platform TikTok sebagai satu medium yang memberi impak besar terhadap kehidupannya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mek Yun & Ibu Dakwa Diekori Lelaki Warga Asing – ‘Dia Nampak Tengah Rekod, Terus Blah’

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Teruja Tercalon TikTok Awards 2023, Harap Lebih Ramai Lagi Jadi ‘Content Creator’

Lebih dekat dengan keluarga

Mek Yun

Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee berkata TikTok telah mengeratkan lagi hubungan dirinya bersama keluarga.

Bagi saya TikTok ini membawa saya lebih dekat dengan keluarga sebenarnya.

Sebab saya memang suka buat content dengan ahli keluarga. Jadi secara tidak langsung saya menjadi lebih rapat dengan mereka.

Sementara itu, dia turut mengakui bahawa TikTok banyak membantunya dalam mengembangkan bakat sebagai anak seni.

Bagi saya, saya akan tetap menjadi content creator walaupun saya melangkah menjadi pengacara dan pelakon. Itu kerana peminat-peminat memang hargai content saya.

Mek Yun berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media TikTok Awards Malaysia 2023, di The Godown Arts Centre baru-baru ini.

Dalam pada itu, pempengaruh berusia 26 tahun tersebut menzahirkan penghargaan kepada semua pengikutnya. Dia juga sama sekali tidak menyangka setiap konten yang dikongsikan dapat memberi kesan yang positif terhadap mereka.

Ia satu pengalaman yang baharu untuk saya sebab saya rasa saya lebih rapat dengan orang di luar sana terutama pengikut-pengikut saya.

Saya tak sangka saya memberi impak kepada orang di luar sana dan saya akan cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik untuk mereka.

Saya rasa bangga, terima kasih kepada pengikut kerana mereka penyokong saya dan juga keluarga.  Itu sangat bermakna untuk saya.

Acara Utama TikTok Awards akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, manakala acara ‘Red Carpet’ akan dihoskan oleh Ceddy dan Sissy Imann. Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.

Para penonton juga bakal disajikan dengan persembahan yang mengasyikkan daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi.

Acara karpet merah akan disiarkan di TV9 pada jam 8.30 malam manakala TikTok Awards Malaysia bersiaran secara langsung di TV3 serta di platform TikTok jam 9.00 malam.

Para peminat boleh mengundi pencipta kegemaran anda di laman sesawang berikut https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/

SKIP THIS AD ×