berita

TikTok Pantau Kandungan Video Berbaur Perkauman Pasca PRU15

November 24th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Berikutan pembentukan kerajaan Malaysia yang tergantung sejak beberapa hari lalu, aplikasi TikTok kini mengawasi setiap kandungan yang dimuat naik pengguna di negara ini.

Artikel Berkaitan: PDRM Beri Peringatan Jangan Sebar Kandungan Provokasi Perkauman, Keagamaan 

Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Pesan Jangan Mudah Percaya Content Di Media Sosial – Jangan Ikut Emosi

Awasi kandungan yang dimuat naik

Menurut pemilik TikTok, ByteDance memaklumkan pihaknya kini berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap setiap kandungan yang melanggar garis panduan di Malaysia.

Dalam masa sama, pihaknya memberitahu sebarang video pendek yang membabitkan kandungan berbaur perkauman dikongsi pengguna di aplikasi itu akan terus dipadam, susulan amaran yang diberikan pihak berkuasa tentang peningkatan ketegangan etnik di media sosial sejak pilihan raya umum baru-baru ini.

TikTok memantau rapat situasi itu dan akan terus memadamkan sebarang video dengan kandungan yang melanggar undang-undang negara.

Bukan itu sahaja, terdapat laporan yang diterima berhubung banyak hantaran di TikTok mengenai rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 lalu di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, TikTok menjelaskan pihaknya sudah memadam video yang ada kaitan dengan peristiwa 13 Mei daripada platform itu kerana didapati melanggar garis panduan yang ditetapkan. Namun, TikTok enggan mendedahkan jumlah video yang sudah dipadam atau jumlah aduan yang sudah diterima setakat ini.

TikTok mengamalkan ‘zero tolerance’ (tidak akan bertoleransi) dengan sebarang kandungan yang mengandungi ucapan berunsur kebencian dan ‘extremism’ (fahaman pelampau)

Sumber: Reuters

SKIP THIS AD ×