berita

Timang Puteri Sulung, Daus (AF8) Selamat Bergelar Bapa

April 9th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Daus AF8

Tahniah diucapkan kepada penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Daus yang telah selamat bergelar bapa beberapa hari lalu.

Khabar gembira tersebut telah diberitahu oleh isterinya sendiri iaitu Syaza Shamimi, melalui laman sosial Instagram miliknya yang turut teruja dengan kelahiran bayi comel itu.

Melalui foto yang dimuat naik itu, Shaza memberitahu dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.41 kilogram di Bintulu Medical Centre tepat jam 12.19 tengah hari.

Anak Daus

Untuk pengetahuan, pasangan ini telah memberi nama Delysha Senzela Binti Muhd Shahril Firdaus kepada anak mereka.

Selain itu, beberapa rakan artis seperti Farina AF8 turut berkongsi kegembiraan Daus menyambut kelahiran anak sulungnya itu dengan menggelarkan bayi comel itu sebagai ‘AF8 Junior’.

Apapun, tahniah lagi sekali diucapkan kepada Daus dan isteri dan semoga ikatan perkahwinan mereka bertambah utuh dengan kehadiran anak tercinta.

SKIP THIS AD ×