berita

Tindakan Pantas Guru Selamatkan Murid Tercekik Penutup Botol Minuman Raih Pujian Warganet

April 14th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Bagaikan mimpi ngeri buat seorang pelajar lelaki berusia sembilan tahun di Sekolah Piagam Komuniti East Orange, selepas dipercayai tercekik penutup botol air ketika berada di dalam kelas.

Difahamkan insiden tersebut berlaku selepas pelajar ini gagal membuka penutup botol air tersebut menggunakan tangan sebelum bertindak menggunakan gigi.

Detik cemas…

Menerusi laporan media tempatan, mangsa, Robert, pelajar gred tiga, cuba menggunakan giginya dan memulas botol air tersebut sehingga menyebabkan air itu ‘menolak’ penutup itu masuk ke bahagian kerongkongnya.

Susulan daripada itu, mangsa bergegas ke singki bagi mengeluarkan penutup tersebut namun cubaan tersebut sama sekali tidak berjaya sebelum berlari meminta bantuan seorang guru yang berada di tempat kejadian. Guru yang dikenali sebagai Janiece Jenkins bertindak pantas dan melakukan teknik Heimlich Maneuver.

Dia menunjuk ke lehernya dan dia tidak boleh bercakap. Jadi, saya memusingkan badannya dan melakukan teknik Heimlich Maneuver.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih 2.4 juta tontonan dan meraih pujian daripada warganet.

Sumber: NY Post & ABC News

SKIP THIS AD ×