berita

Tingkatkan Pembelajaran Dari Rumah Dengan Laptop Peneraju Gaya, HUAWEI MateBook D15!

June 25th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Ishh.. Laptop buat hal lagi, macam mana nak join online study ni?

Korang sedang mengikuti pembelajaran daripada rumah atau bakal melanjutkan pembelajaran ke institusi pengajian tinggi? Dengan pembelajaran gaya baru, korang semestinya memerlukan sebuah komputer riba yang berteknologi tinggi dengan keupayaan pintar.

Yelah, nak join kelas dan peperiksaan dalam talian, melayari internet nak siapkan tugasan atau video call untuk group discussion. Semua ni mencabar kalau komputer riba asyik hang je. Sebab tulah korang perlukan HUAWEI MateBook D15 yang memenuhi ciri-ciri laptop diperlukan pada harga yang mampu milik!

Tampil elegan dengan HUAWEI MateBook D15

HUAWEI MateBook D15 direka dengan kerangka logam yang menghasilkan gaya premium dan elegan. Beroperasi dengan Microsoft Windows 10, ia dilengkapi dengan pemprosesan AMD Ryzen ™ 7 3700U dan Radeon ™ RX Vega 10 Graphics bersepadu. Ini semestinya memberikan kelancaran operasi bagi aplikasi reka bentuk yang popular seperti Photoshop dan Premiere.

Berat & saiz yang ringan

Dengan pembelajaran secara atas talian, komputer riba semestinya satu pelaburan yang penting. Kalau korang nak tau, HUAWEI MateBook D15 yang elegan ini hanya seberat 1.53kg je tau dengan ukuran 16.9mm nipis.

Macam siri MateBook yang lain, MateBook D15 juga dilengkapi dengan paparan HUAWEI FullView dengan nisbah skrin-ke-badan 87% dan bezel sekeliling yang dikurangkan menjadi 5.3 mm. Sebab itulah, monitor bagi MateBook D15 mampu memberikan korang lebih kepuasan. Lepas ni nak study online kat mana-mana pun jadi lebih syok!

Perkongsian kini lebih mudah

Pernah terfikir nak edit assignment dan berkongsi gambar vacation bersama kawan korang serentak pada komputer riba? Dengan HUAWEI MateBook D15, satu tap je korang boleh berkongsi skrin. Semua ni boleh dilakukan hanya dengan HUAWEI Share dan Multi-Screen Collaboration tanpa sambungan internet pun.

Bila korang aktifkan HUAWEI Share, skrin telefon akan muncul di komputer riba yang membolehkan korang seret dan lepaskan fail kemudian terus edit fail di komputer riba sambil menghantar pesanan kepada teman dengan lebih jelas pada paparan komputer riba.

Privasi korang adalah keutamaan

Privasi sentiasa menjadi masalah utama bila menggunakan komputer riba. Tapi, tak perlu bimbang lagi lepas ni sebab HUAWEI MateBook D15 ada kamera inovatif tersembunyi tau!

Kamera tersembunyi yang terletak di antara butang F6 dan F7 bercirikan pop up dan hanya berfungsi apabila korang menekan butang gambar kamera. Tak perlu risau, kalau korang lupa matikan kamera lepas habis kelas online atau isu hack siber sekiranya korang dirakam tanpa sedar.

Bagi menambah ciri keselamatan pada HUAWEI MateBook D15, ia turut mempunyai fungsi pembaca cap jari yang terbina dari dalam. Lepas ni, tak payah nak key in password yang panjang, dengan cop jari je korang boleh log masuk dengan selamat.

Apa yang membezakan HUAWEI MateBook D15 dengan komputer riba yang lain?

Berbanding dengan komputer riba lain di pasaran, HUAWEI MateBook D15 sangat sesuai untuk pelajar yang ingin membeli komputer riba berprestasi tinggi dan bergaya. Cuba korang tengok apa kata Liya Maisarah tentang HUAWEI MateBook D15 di SINI.

Tunggu apa lagi? Sekaranglah masanya untuk korang miliki HUAWEI MateBook D15 yang hebat dan bergaya ini. Dengan setiap pembelian, korang akan mendapat hadiah percuma. Tapi, semua ni sementara stok masih ada je tau. Dapatkan HUAWEI MateBook D15 korang di SINI!

Tawaran luar biasa di karnival HUAWEI AppGallery

Karnival HUAWEI AppGallery adalah karnival terbesar yang dijalankan pada 19 sehingga 30 Jun 2020. Korang boleh dapatkan mana-mana produk sekarang di HUAWEI Store. Mana tau korang yang bertuah untuk membawa pulang salah satu daripada tiga Proton X70S atau salah satu daripada 500 skuter elektrik.

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, layari laman web HUAWEI.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×