Setiap wanita pasti idamkan rambut yang cantik dan sihat tanpa sebarang masalah. Akan tetapi masalah rambut nipis, mudah gugur dan rapuh seringkali menghantui wanita dan perkara ini kadangkala membuatkan seseorang itu merasa rendah diri serta tiada keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
Dalam pada itu, tahukah anda setiap hari lebih kurang 90% rambut pada kulit kepala akan berada pada fasa pertumbuhan dan 10% pula akan berada dalam fasa rehat. Oleh itu, setiap individu berkemungkinan untuk menghadapi masalah rambut gugur sekurang-kurangnya 100 helai sehari dan ia berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya adalah :
- Tekanan di tempat kerja atau persekitaran.
- Hormon tidak stabil.
- Salah pilih produk penjagaan rambut
- Kurang vitamin C dalam badan.
Terdapat pelbagai tips yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ini. Salah satunya adalah amalan menyapu perahan air limau nipas dan santan pada rambut nipis.
Secara umumnya, kandungan lemak dan minyak yang terkandung dalam santan dikatakan mampu menyubur dan menggalakkan pertumbuhan rambut dengan mudah. Oleh itu, amalan menyapu santan harus dipraktikkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar rambut yang nipis dapat diatasi.
Selain mengamalkan sapuan perahan air limau nipis dan santan, amalan tradisional lain yang boleh anda amalkan adalah menyapu campuran daun bunga raya dan lidah buaya di atas kepala. Bagaimana caranya? Mudah sahaja :
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya.
- Basuh hingga bersih dan kisarkan kedua-dua campuran tersebut hingga hancur.
- Perap ramuan tersebut di atas kepala selama satu jam.
- Bilas basuhan tersebut sehingga bersih menggunakan air suam.
- Amalkan tips ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk dapatkan rambut yang lebih lebat serta sihat berkilat sepanjang hari.
Namun begitu, sekiranya anda tiada masa untuk melakukan amalan tradisional seperti ini di rumah, usah bimbang. Anda juga masih boleh dapatkan rambut yang lebat dan kuat dengan menggunakan produk Schwarzkopf Extra Care Beauty Recharge Q10.
Artikel Berkaitan :
- Tips Penjagaan Rambut Sihat Bersinar
- Kenali Jenis Masalah Rambut Bersama Schwarzkopf Extra Care
- Tips Atasi Rambut Berkelemumur
Kombinasi kandungan coenzyme Q10 dan Liquid Keratin menerusi produk ini dipercayai mampu menguatkan struktur rambut hingga ke akar umbinya.
Produk ini turut dikatakan mampu membekalkan vitamin serta tenaga penting untuk sel-sel kulit kepala agar pertumbuhan rambut sihat dan kembali subur seperti sediakala.