Bagi korang yang ‘kaki travel’ dan suka melancong ke nagara jiran, Singapura pasti pengangkutan seperti kapal terbang, bas ataupun kereta menjadi pilihan korang. Betul tak? Tapi sebenarnya, kalau korang nak tahu menaiki keretapi atau KTMB adalah salah satu inisiatif yang lebih mudah dan jimat. Yang paling penting, korang tak perlu hadap jem!
Seperti perkongsian seorang gadis, Fieza di laman Twitter menceritakan pengalamannya serta tips penting yang korang kena tahu sebelum bercadang untuk menaiki perkhidmatan keretapi bercuti ke Singapura.
5 minit je, dah sampai!
Masa nak masuk, Passport akan digunapakai sebagai Boarding Pass.
Tiket diorang bagi kat email. tapi tak guna masa kat JB. Bila nak balik dari Woodlands CIQ, baru diorang scan tiket.
Bayangkan 5 min je atas train. tau2 je dah sampai SG. ?
Turun je, sampai kat Immigresen. pic.twitter.com/KCqs1VoTot
— Gadis Gigi Besi (@Fieza1225) January 31, 2020
Kena isi borang putih
Menurut gadis ini, setibanya di imigresen korang perlu mendapatkan dan mengisi borang putih. Jika ada sebarang pertanyaan korang boleh direct tanya kepada pegawai imigresen yang bertugas di sana. Selepas selesai mengisi kesemua borang, korang perlu berjalan sedikit untuk sampai ke stesen MRT.
Pakai kad STP untuk pengangkutan
Tambahnya lagi, pengangkutan awam merupakan salah satu pengangkutan yang ‘wajib’ digunakan dan sebab itu korang dinasihatkan untuk menggunakan kad STP. Jadi leboh mudah untuk korang bergerak menggunakan Basic Bas dan MRT. Apa yang menariknya kad ini adalah unlimited jadi korang boleh gunakan tanpa risaukan baki di dalammnya.
Laluan ferry dan cable car
Untuk pengetahuan korang, Sentosa Boardwalk ini terdapat dua jenis laluan iaitu ferry dan cable car. Jadi korang boleh pilih pengangkutan mana yang menepati citarasa korang!
Autowalk
Sepanjang laluan kat Sentosa Boardwalk tu, ada banyak lagi attraction lain yang korang boleh pergi mcm S.E.A Aquarium, Trick Eye Museum, VR, Casino, Sentosa Island, etc.
Tapi bila kitorg sampai USS, mission accomplish dah la. Masuk memang tak. Tak cukup bajet. ??? pic.twitter.com/9u5AymgoMF
— Gadis Gigi Besi (@Fieza1225) January 31, 2020
Time ni dah lapar. Lunch time!!!
Kitorg bergerak pergi ke Restoran Zam Zam. Dekat dengan Arab Street.
Memang tak asing lagi dengan murtabak dia. Kitorg order Murtabak Daging. Rupanya yang famous sini Murtabak Ayam.
Korg boleh skip Nasi Briyani dia. Stay dgn Murtabak je. ?? pic.twitter.com/IFRmQNAebi
— Gadis Gigi Besi (@Fieza1225) January 31, 2020
Makanan di Singapura
Untuk day trip, korang juga dinasihatkan untuk membawa air mineral sendiri yang dibeli di Malaysia. Hal ini kerana, harga air mineral di Malaysia adalah jauh lebih murah berbanding di Singapura. Jadi secara tidak langsung, boleh menjimatkan kos perbelanjaan di sana.
Dari MRT Bugis turun City Hall
Tips penting!
Better standby duit kecil
Akhir sekali, korang juga disarankan untuk menukar duit kecil dahulu sebelum masuk ke Singapura.
Sumber: Fieza1225