Sejak jangkitan wabak Covid-19 semakin meruncing, pelbagai petua pemakanan kononnya dapat mengelakkan jangkitan ini tersebar di laman sosial. Dalam satu rancangan bual bicara, Menteri Kesihatan Dato’ Seri Dr Adham Baba tidak ketinggalan memberi petua minum air suam yang dikatakan mampu membunuh virus itu. Sejauh manakah kebenarannya?
Diperkatakan di Twitter
Here is the video of the Health Minister saying that drinking water can get rid of the virus. We need to ensure that the virus is removed from our throat, and drinking water can do that
If this is correct, I think this is a great life hack that everyone should know. https://t.co/L7UhCrtY3c
— Syahredzan Johan (@syahredzan) March 20, 2020
Seorang pengguna memuatnaik sedutan dari rancangan bual bicara berkenaan di mana Dr Adham menerangkan kepada hos untuk meminum air masak terutamanya air suam untuk menyahkan virus berkenaan. Tambahnya lagi, ketika masuk ke perut, virus itu akan mati dicernakan asid perut.
Tidak disarankan dan tidak ada bukti
Dr Amalina Bakri kemudiannya memberi respon berkenaan video itu dengan mengatakan dakwaan tersebut tidak disarankan dan tidak mempunyai bukti. Dia menambah orang ramai dinasihatkan mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ini adalah mitos
WHO turut sangkal
WHO menerusi Twitternya turut menafikan tips yang telah tersebar sebelum isu ini bangkit. Menurut infografik, walaupun untuk kekal hidrat penting untuk kesihatan, namun minum air sahaja tidak cukup untuk mengekang virus ini. Pertubuhan itu menasihatkan orang ramai untuk ke pusat kesihatan jika mempunyai tanda-tanda seperti batuk, demam dan kesukaran bernafas.
Sumber: Dr Amalina Bakri, WHO