Pejam celik, sekejap je dah masuk bulan Ramadan. Tak habis dengan demam Pilihan Raya Umum (PRU14), dah sambung bulan puasa pula kan.
Tapi walau macam mana sekalipun, kerja-kerja seharian tetap kena teruskan, betul tak? Haaa.. ni kami nak kongsi sikit tips macam mana korang boleh minimumkan penggunaan tenaga korang dalam bulan puasa ni
So, takdelah korang bagi alasan penat kalau nak berbuka awal.
Buat kerja rumah sebelum memulakan hari or pergi kerja.
Walaupun kerja rumah ni merupakan satu benda yang kita lakukan setiap hari, tapi kerja-kerja ni tetap memerlukan penggunaan tenaga. Haa..untuk jimatkan tenaga, apa kata korang buat kerja-kerja rumah ni pada waktu pagi, contohnya lepas sahur.
Ala..buat kerja yang simple je, macam basuh baju ataupun kemas rumah.
Buat stok masakan.
Yang ni sesuai sangat untuk korang yang masih bujang tu. Apa salahnya korang masak satu jenis lauk dalam kuantiti yang banyak, korang asingkan sikit yang korang nak makan dan lebih tu korang boleh simpan untuk dijadikan juadah sahur atau berbuka untuk keesokan hari.
Tak salah pun makan lauk yang sama, selain dapat jimatkan masa, korang juga dapat jimatkan tenaga. Lainlah kalau korang jenis yang makan dekat luar setiap kali berbuka.
Sediakan sedikit kudapan dalam kereta.
Bulan puasa ni, korang tetap tak boleh lari daripada kesesakan jalan raya. Walaupun ada sesetengah majikan benarkan pekerja diorang untuk pulang awal, tapi kesesakan jalan raya dekat Malaysia ni dah macam rutin pula kan?
Perkara paling menyakitkan hati masa puasa ni pulak, mestilah bila korang tak sedar pun dah masuk waktu untuk berbuka, sebab korang lama sangat atas jalan raya.
Korang juga boleh sediakan air mineral dalam kereta, tapi pastikan air tu sentiasa ditukar ya.
Bersahurlah bersama MILO untuk tenaga sepanjang puasa.
Haa… Siapa tak kenal jenama MILO, minuman malt-coklat yang membekalkan tenaga. Why not, bulan puasa ni korang bersahur dan berbuka dengan MILO.
MILO ni bukan sahaja berkhasiat malah dapat bekalkan tenaga sepanjang hari.
Kalau korang malas nak bangun sahur, pastikan sekurang-kurangnya korang alas perut dengan secawan MILO dan roti bakar, nak senang korang ready je stok MILO 3 in 1.
Yang lagi best, korang order je kat Lazada. Senang! Korang jangan ingat Lazada ni jual baju je tau, and special nya sekarang ni ada promosi kalau korang beli MILO ni melalui Lazada.
So, jangan lepaskan peluang, nak mudah korang klik je kat sini untuk ke Milo Official Store di Lazada.
Beli barang keperluan secara online.
Zaman teknologi di hujung jari ni, apa-apa yang korang nak tahu or dapatkan, korang boleh buat secara atas talian saja. Macam tu juga kalau nak beli bahan-bahan untuk berbuka atau bersahur.
Kalau korang nak tau sempena bulan puasa ni, honestbee dengan MILO ada kolaborasi dengan menyediakan MILO Breakfast Pack. Ada beberapa pack yang korang boleh pilih tau. Setiap pack yang korang beli ni, akan dilengkapi resepi mudah. So, tak perlulah korang nak pening-pening fikirkan menu untuk bersahur nanti.
Tapi servis ni, hanya ada disekitar Lembah Klang sahaja ya. Untuk tau lebih lanjut korang tentang MILO Breakfast Pack, klik je kat sini.