Sakitnya mata bila lihat kesan hangus pada periuk. Nak dibuang sayang pula, terpaksalah berus kesan hangus itu berhari-hari. Letih juga kan?
Apa kata anda ikuti tips daripada perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Kim Jane Ley yang menggunakan sos tomato untuk hilangkan kesan hangus pada periuk. Berkesan!
Guna sos tomato saja
Periuk yang dah terhangit tak perlu dibuang ke hutan ke, ke parit ke. Boleh di cuci dan digunakan balik. Cara Jane cuci periuk yang hangit tengahari tadi adalah:
1. Gunakan 3 or 4 sudu sos tomato.
2. Biarkan lebih kurang 30 ke 40 minit (kalau nak kesan yang betul2 suci murni boleh biarkan lagi lama).
3. Lepas itu gonyoh dengan berus periuk. Tak payah gonyoh teruk-teruk.
4. Walaupun tak 100% sesuci murni macam yang sebelumnya tapi at least boleh la masak guna periuk tu semula. Hehe..
Selamat mencuba!
Sumber: Kim Jane Ley