Foto: New Indian Express
Dalam mengawal penyebaran Covid-19 yang semakin membimbangkan hari ini, pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk negeri-negeri tertentu. Arahan tersebut menyebabkan sekolah dan universiti tidak dapat dibuka seperti biasa. Walau bagaimanapun pembelajaran secara online atau e-pembelajaran telah diperkenalkan untuk menggantikan kelas fizikal.
Pembelajaran online merupakan cabaran yang baharu untuk pelajar kerana ia adalah suasana yang sangat berbeza. Cabaran yang biasa dihadapi oleh pelajar adalah capaian kepada kemudahan internet dan suasana pembelajaran yang tidak sesuai. Namun, terdapat beberapa tips untuk mengatasi cabaran ini.
Ruang pembelajaran yang kondusif
Foto: Public Service Degrees
Untuk pengalaman pembelajaran online yang baik, anda haruslah menyediakan ruang pembelajaran yang selesa dan kondusif. Ini adalah untuk menjadikan anda lebih tenang dan selesa untuk belajar, sejurusnya menjadi pelajar cemerlang.
Persekitaran pembelajaran anda harus menjadi salah satu kebimbangan utama anda, lebih-lebih lagi dalam pembelajaran online. Ruang pembelajaran anda juga haruslah berasingan dengan katil anda kerana ia merupakan punca untuk tidur semasa kelas berjalan.
Tetapkan objektif pelajaran
Foto: Computer Careers
Sebagai seorang pelajar, anda haruslah menjadi lebih bersedia untuk topik pembelajaran yang bakal dipelajari pada hari tersebut. Ini akan menjadikan guru atau pensyarah lebih bersemangat untuk mengajar dan anda akan lebih tahu dan bersedia untuk pelajaran pada masa itu.
Selepas itu, pastikan anda sentiasa ingat objektif pelajaran kerana ia boleh membantu dalam membuat nota yang berkait rapat dengan objektif anda, seterusnya dapat membantu anda dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Rakam kelas atas talian
Foto: Wired
Hampir setiap telefon pintar sekarang mempunyai kemudahan untuk merakam skrin, dengan kemudahan itu anda boleh merakam kelas atas talian anda untuk diulang sekali lagi pada masa lapang. Dari rakaman tersebut, anda boleh membuat nota sendiri.
Memang tak dinafikan pembelajaran online ini mencabar dan anda haruslah mengambil setiap peluang yang ada untuk menimba ilmu.
Rancang pembelajaran
Foto: Study
Jangan sesekali tangguh tugasan sehingga tarikh tamat. Ia akan memberikan tekanan sekaligus menghalang anda daripada menyelesaikan tugasan itu dengan sempurna. Lebih baik jika membuat tugasan itu lebih awal, supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk bertanyakan soalan kepada pensyarah atau guru anda.
Anda juga dinasihatkan untuk mempunyai sistem kalendar. Pembelajaran online diakui mencabar kerana anda berada di rumah. Terlalu banyak gangguan yang boleh membuatkan anda lupa akan tarikh-tarikh penting seperti tarikh tamat tugasan atau peperiksaan. Anda boleh mencatat di kalendar telefon pintar untuk menjadikan pembelajaran anda lebih terancang.
Minta bantuan jika perlu
Foto: Inside Higher Ed
Anda mungkin tidak dapat mengikuti kursus atas talian dengan baik, disebabkan itu, anda haruslah meminta pertolongan dengan rakan sekelas jika perlu. Perlu diingatkan, jika anda tidak meminta bantuan, anda mungkin akan ketinggalan dan terlepas tugasan yang harus siapkan. Jangan malu untuk bertanya dan meminta bantuan. Di saat pandemik ini, kita harus tolong-menolong antara satu sama lain untuk terus berjaya walau dalam apa situasi pun.
Sumber: Xpresi.