berita

Tips Perbelanjaan Buat Individu Berpendapatan RM1,500 Sebulan

October 7th, 2020 | by Amat
Kewangan & Pelaburan

Ramai anak muda kurang mahir dalam menguruskan kewangan dan perbelanjaan bulanan mereka. Setiap pendapatan bulanan perlu ada simpanan meskipun gaji anda hanya sekitar RM1,500 sahaja.

Seorang pakar kewangan iaitu Azizul Azli Ahmad berkongsikan tips buat mana-mana individu yang memiliki pendapatan rendah sekitar RM1,500 sebulan. Dengan mengikuti tips ini, anda juga mampu untuk menabung dan mempunyai dana kecemasan.

Bajet gaji RM1,500

Grafik foto: Azizul Azli Ahmad

Pakar kewangan ini memberi nasihat kepada umum supaya mempunyai wang simpangan untuk masa hadapan. Agihan perbelanjaan ini adalah bagi individu yang mempunyai gaji bulanan sekitar RM1,500 sebulan. Agihan tersebut termasuk dengan simpanan kecemasan, sewan rumah, sedekah dan zakat serta keperluan harian yang lain.

Bajet untu gaji kecil

Foto: Google

Bajet ini untuk gaji kita yang kecil, kita masih ada pilihan untuk merancang hidup. Bajet ini untuk keluarga kecil yang hanya ada satu anak paling maksimum dan tinggal di luar bandar. Bajet setiap keluarga adalah berbeza bergantung keperluan keluarga kita, ia tak akan sama dengan mana-mana keluarga lain.

Sebaiknya jangan ada hutang kerana jika ada hutang akan menekan bajet kita. Bahaya jika anda belum mampu menabung dan mula ada hutang. Bagi gaji bawah RM3,000 usahakan jangan beli kereta baru dulu jika ada impian beli rumah. Dapat kereta terpakai pun jadilah, jika tidak kita makin susah nak beli rumah.

Individu ini juga menasihati supaya tidak terburu-buru untuk memiliki kereta baharu sekiranya gaji bulanan kecil. Cukup sekadar memiliki kenderaan terpakai. Tambahan pula jika anda berimpian untuk membeli rumah kelak.

Perlu ada simpanan bulanan

Foto: Google

Susah macam manapun tetaplah ada simpanan setiap bulan. Kita tak tahu bila kita akan susah lagi. Jangan merungut sebab bila kita susah orang belum tentu akan bantu kita. Jika belum mampu mengirim yang ke orang tua, bincang baik-baik dengan mereka. Jangan diamkan sahaja. Tetapi jika kita percayakan keberkatan dan doa ibu bapa. Ia tak akan putuskan rezeki kita. Jangan juga tak beri sumbangan buat ibu bapa tetapi kereta luar negara.

Sumbangan sihat buat ibu bapa adalah lebih dari 5% gaji kita. (Kadar zakat adalah 2.5%, jangan bagi sumbangan kurang dari itu nanti ibu bapa kita hanya dapat setaraf penerima zakat sahaja).

Jangan juga taksub dengan matematik dalam perancangan kewangan. Percayalah dengan KEBERKATAN. Semakin kita banyak memberi buat keluarga kita dengan baik dan ikhlas, akan ada rezeki luar biasa menanti kita nantinya. Tiada bajet yang sempurna buat sebuah keluarga, yang ada adalah keberkatan bagi setiap rezeki yang kita dapat dan kongsikan dengan keluarga. Salam hujung minggu semua, Kita jaga keluarga kita bukannya ahli politik yang sedang gilakan kuasa.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

SKIP THIS AD ×