berita

Tiz Zaqyah Ditegur Kerana Sekeping Foto

July 5th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Tiz-Zaqyah-11

Rasanya dah hampir dua minggu Tiz Zaqyah berada di Terengganu atau lebih tepat lagi, Pulau Perhentian untuk bercuti bersama kekasih hati dan rakan-rakan.

Daripada gambar-gambar yang dimuat naik ke Instagram dan Twitter miliknya, nampak seronok sangat Tiz menikmati keindahan laut biru sambil menyelam dan snorkeling.

Namun dalam banyak-banyak gambar yang dikongsikan oleh Tiz, terselit juga sekeping gambar mesra bersama sang kekasih di pulau tersebut.

Sebenarnya kalau orang biasa yang mengambil gambar sebegitu mungkin tak diperbesarkan namun disebabkan Tiz adalah seorang selebriti, terpaksalah juga dia menerima teguran daripada peminat.

Screen Shot 2013-07-04 at 18.06.05

OHBULAN! difahamkan ada seorang pengikut Tiz di Instagram telah menegur cara pelakon itu bergambar yang dikira tidak sesuai dengan adat timur. Bagaimanapun, komen itu khabarnya telah dipadam oleh Tiz atas sebab yang tidak diketahui.

Namun kisahnya tidak berhenti setakat di situ sahaja apabila wanita itu memprovok Tiz hingga menyebabkan pelakon Sebenarnya Saya Isteri Dia itu membalas komen tersebut dengan kenyataan yang agak makan dalam juga.

Screen Shot 2013-07-04 at 18.06.46

Screen Shot 2013-07-04 at 18.07.05 Screen Shot 2013-07-04 at 18.07.16 Screen Shot 2013-07-04 at 18.07.30

Biasalah, bila dah dikenali ramai mesti ada tindak-tanduk yang tak digemari oleh semua orang kan? Apapun jom tengok foto-foto dari Instagram Tiz Zaqyah sepanjang dia berada di Pulau Perhentian. Boleh tahan cantik juga gambar-gambar yang diambil Tiz.

×