berita

TMJ Beri ‘Hint’ SOP Baharu Bola Sepak, Pemain Ke-12 Boleh Turun Ke Stadium

December 10th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan, industri bola sepak tanah air menjadi tidak tentu arah dan menggusarkan ramai peminat bola sepak Malaysia. Bukan sahaja peminat, pemain juga turut berasa sedih kerana tidak dapat ‘bertempur’.

Namun, peminat bola sepak seolah diberi ‘cahaya’ harapan selepas melihat perkongsian yang dimuat naik oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Instagram lewat malam tadi.

Liga bola sepak Malaysia akan kembali

Selepas hampir 10 bulan direhatkan, pemain ke-12 akhirnya boleh kembali beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. 

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkongsi berita gembira buat peminat bola sepak yang berkemungkinan besar dibenarkan memasuki stadium untuk saingan musim baharu nanti.

Good news. SOP. Progress. Coming Soon. Bola Sepak akan kembali. Kali ini dengan Penyokong. 10% dari kapasiti Stadium.

Jelas dari perkongsian itu, satu prosedur operasi standard (SOP) sedang dirangka bagi merealisasikan harapan penyokong untuk menyaksikan pasukan kegemaran masing-masing kembali beraksi di stadium. Namun, jumlah penonton yang dibenarkan adalah 10 peratus dari kapasiti stadium. 

Kebenaran ini pastinya memberi ‘nafas lega’ buat pasukan yang bertanding sebelum ini disebabkan kegagalan meraih pendapatan menerusi kutipan tiket. Pemain juga boleh mendapat semangat yang lebih untuk bermain jika mendengar sorakan penyokong, walaupun tidak meriah seperti sebelum ini.

Sumber: hrhcrownprinceofjohor.

SKIP THIS AD ×