Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memperkenan untuk menyalurkan kesemua hasil wang jualan tiket perlawanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Beritahu Anak-Anak Mama & Babah Ada Di Sini’ – TMJ Kongsi Detik Cemas Insiden Tembakan Rambang Di Thailand
Tak ambil keuntungan
Arahan tersebut diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards menerusi hantaran yang dimuat naik laman Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor.
Menerusi hantaran tersebut, sumbangan itu disalurkan bagi memperingati saudara sesama Islam tidak berdosa yang terbunuh di sana.
Kelab ini amat berdukacita dengan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dalam peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah.
Daulat Tuanku
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih buat TMJ dan Kelab Bola Sepak JDT atas sumbangan yang disalurkan buat rakyat Palestin yang sedang dilanda musibah.
Posting Facebook
Sumber: Facebook