berita

TMJ Tuntut Janji Syed Saddiq Jadikan Johor Hos Sukma, Ini Respon MB Johor

December 28th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) semalam menerusi Twitternya menuntut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengotakan janji menjadikan Johor sebagai hos Sukma 2020.

Susulan itu, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menjelaskan kerajaan negeri akan membuat ‘follow up’ berkenaan isu itu.

Sudah kenal pasti tapak fasiliti

Menurut Osman, lazimnya kerajaan persekutuan akan memberi peruntukan seperti dilaksanakan di Sukma Perak sebelum ini yang menerima dana puluhan juta untuk tujuan itu.

Insya-Allah saya akan ‘follow up’. Untuk keseluruhan bajet bagi penganjuran Sukma 2020 hampir RM400 juta diperlukan termasuklah beberapa stadium akan dibina.

Salah satunya stadium besar bernilai RM47 juta yang ketiga tercanggih di Malaysia di mana satu di Perak kedua di Nilai dan Johor ketiga.

Tempat untuk pembinaan kita sudah kenalpasti di Kota Iskandar. Ia akan ambil masa 23 minggu untuk pembinaan stadium itu.

Mohon 50% peruntukan kerajaan

Osman berkata, pihak kerajaan negeri akan memohon sekurang-kurangnya 50% daripada peruntukan diperlukan dari kerajaan persekutuan. Separuh lagi akan akan ditanggung kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Contohnya segala fasiliti akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Iskandar Puteri. Esok kalau Sukma sudah habis mereka akan teruskan.

Kita perlukan 18 bulan untuk siap sedia kerana Sukma akan bermula Julai 2020.\

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×