berita

TNB Hasilkan Video ‘Semangat Raya Epik Fantastik’, Papar Cara Sambut Aidilfitri Norma Baharu

May 18th, 2020 | by Epul
Kini Trending

Tinggal beberapa hari saja lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun, kehangatan sambutan tahun ini sedikit berbeza dari tahun sebelumnya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diperkenalkan kerajaan sejak 18 Mac dan 4 Mei lalu.

Justeru, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil dengan video ‘Semangat Raya Epik Fantastik‘ bagi membantu korang menikmati perayaan Aidilfitri melalui idea-idea menarik yang boleh dilakukan ketika perayaan Aidilfitri akan datang ini.

Idea-idea yang dipaparkan dalam video ‘Semangat Raya Epik Fantastik‘ bukan saja menarik, malah mampu membiasakan korang dengan aktiviti yang jarang dilakukan bahkan menjadi lebih baik! Jom kita tengok…

Latih diri untuk rajin ke dapur

Jika sebelum ini kita jarang ke dapur, raya kali ini apa kata korang rajin-rajinkan diri ke dapur dan belajar masak juadah ringkas untuk dijamu pada hari raya pertama nanti. Kalau ada mak dan ahli keluarga lain di rumah, apa kata ringkankan tangan tolong mereka di dapur.

Malah, boleh dapat pahala kalau masing-masing bertolak ansur dan memudahkan kerja antara satu sama lain tau. Mungkin rasa janggal pada awalnya, tapi pandai masak atau tak tu belakang cerita.

Yang pasti, semangat dan rasa ingin belajar serta meringankan beban tu lagi penting supaya korang dapat merasai kehangatan Aidilfitri yang sebenar tau.

Buat persiapan diri sambut Aidilfitri di rumah

Memandangkan musim PKP dan PKPB ni banyak kedai tak buka termasuklah kedai gunting rambut, apa kata korang buat persiapan sempena Aidilfitri secara sendiri di rumah. Misalnya, potong rambut sendiri!

Macam yang dipaparkan dalam video ‘Semangat Raya Epik Fantastik‘, korang cuma perlukan kreativiti untuk berikan kemasan pada rambut. Malah, boleh eratkan hubungan antara keluarga dengan membantu memotong rambut adik-beradik lain, kan?

Saksikan ‘Semangat Raya Epik Fantastik’, ambil inspirasi

Nak tau apa lagi idea menarik yang boleh korang praktikkan pada raya kali ini? Saksikan video ‘Semangat Raya Epik Fantastik‘ di atas.

Menarikkan idea yang dipaparkan TNB dalam video ‘Semangat Raya Epik Fantastik‘ kali ini? Tunggu apa lagi? Jom cuba di rumah raya kali ini supaya kita semua dapat merasai kehangatan sebenar menyambut Hari Raya Aidilfitri biarpun dalam tempoh PKP dan PKPB.

Selamat Hari Raya dari TNB dan kami di OHBULAN!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×