berita

TNB Tawar Diskaun Bil Elektrik Sehingga 50 Peratus. Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu!

April 16th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Kredit: Tenaga Nasional Berhad / Astro Awani

Bagi mengelakkan orang ramai terbeban dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumum Perdana Menteri bulan lalu.

Pakej ini menawarkan pelbagai bantuan serta inisiatif bagi membantu rakyat daripada semua lapisan masyarakat yang terjejas akibat wabak COVID-19. Salah satunya ialah diskaun berperingkat bagi penggunaan tenaga elektrik. Memandangkan pakej inisiatif ni dah bermula bulan ni, jom ketahui macam mana nak kira jumlah bil elektrik rumah korang!

Layak ke aku dapat diskaun bil elektrik?

Kredit: Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Kami tau mesti ramai yang masih tertanya-tanya macam mana nak dapat diskaun bil elektrik ni kan? Untuk pengetahuan korang, diskaun ni diberikan secara automatik kepada semua pengguna domestik yang berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau mana-mana pembekal elektrik.

Melalui kerjasama pihak kerajaan bersama TNB, peruntukan sebanyak RM1,024.7 juta telah diberikan untuk korang nikmati penjimatan bil elektrik bagi tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September 2020.

Berapa banyak diskaun yang korang boleh dapat?

Melalui pakej inisiatif ni, korang ditawarkan diskaun mengikut jumlah penggunaan bulanan. Tiga juta pengguna domestik (penggunaan bulanan bawah 200kWh) akan menerima rebat 50% manakala 1.5 juta pengguna (penggunaan bulanan antara 201 kWh dan 300kWh) menerima rebat 25% dan 2.2 juta pengguna (penggunaan bulanan antara 301kWh dan 600kWh) menerima rebat 15%.

Kredit: Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Macam mana TNB kira penggunaan bil elektrik musim PKP ni?

Kredit: Astro Awani

Seperti korang sedia maklum, sepanjang PKP dilaksanakan tiada pembacaan meter elektrik dan bil bercetak akan dikeluarkan. Oleh sebab itu, bil bulanan korang akan dikira berdasarkan anggaran penggunaan bil bulan sebelumnya. Diskaun akan dimasukkan di dalam bil anggaran di mana pengiraan diskaun akan dibuat secara prorata dengan mengambilkira penggunaan elektrik mulai 1 April 2020.

Korang jangan risau sebab amaun bil akan diselaraskan semula setelah kakitangan TNB membuat bacaan sebenar di kediaman korang selepas tamat PKP.

Sepanjang tempoh PKP ini, korang boleh semak bil menerusi laman web myTNB atau memuat turun aplikasi myTNB untuk Android atau iOS.

Manfaatkan diskaun elektrik sebaiknya!

Kredit: Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Selain pengguna domestik, TNB turut menawarkan diskaun bil elektrik sebanyak 15% kepada sektor dan perniagaan yang terjejas merangkumi pengendali hotel, agensi pelancongan, pejabat syarikat penerbangan tempatan, pusat membeli-belah, pusat konvensyen, dan taman tema.

Untuk sektor industri lain, komersil, dan pertanian tertentu, TNB akan memberikan potongan harga sebanyak 2% untuk bil elektrik untuk enam bulan ke depan.

Memandangkan tempoh PKP telah dilanjutkan buat fasa ketiga, ini dijangka akan melembapkan lagi aktiviti ekonomi dan seterusnya memberi impak mendalam kepada hampir seluruh rakyat Malaysia.

Korang yang duduk rumah tu, elakkan pembaziran elektrik dan manfaat bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan TNB dengan sebaiknya. Nak tau lebih lanjut tentang inisiatif TNB PRIHATIN ni, korang boleh klik di SINI.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×