berita

Anggap Pesta Songkran Sebagai Salah Satu Warisan, Remy Ishak Minta Peminat Fahami Budaya Luar

April 17th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, nama pelakon kacak dan bertubuh sasa, Remy Ishak tiba-tiba menjadi sebutan dek kerana beberapa keping foto percutiannya ke Bangkok yang mengundang rasa tidak senang dikalangan peminatnya.

Akibat daripada itu, Remy telah dikritik peminatnya sendiri yang mempertikaikan kehadirannya di pesta tersebut memandangkan ia adalah perayaan berbentuk keagamaan.

Remy ketika ditemui di majlis doa selamat dan pelancaran filem CEO  di Cathay Cineplex menjelaskan dia memilih Bangkok sebagai destinasi percutian yang secara kebetulan jatuh pada hari perayaan pesta air di negara itu.

Majlis Pelancaran dan Doa Selamat filem CEO-15

Remy bersama barisan pelakon dan pengarah filem CEO

Anak kelahiran Negeri Sembilan ini berkata dia sama sekali tidak merancang untuk menyertai pesta tersebut tetapi berada disitu secara kebetulan.

Sebenarnya saya tak plan nak ke pesta air, selepas shooting, pressure teramat sangat, jadi saya perlukan masa untuk break. Saya perlu keluar mengambil angin dan saya tiada masa yang panjang, saya cuma pergi mana yang terdekat.

Kebetulan, saya tak pernah ke Bangkok, jadi, ketika saya disana, kebetulan pesta itu diadakan, saya pun tak pernah tengok, tak tau pulak ada yang tak setuju.

Dalam pada itu, Remy meminta semua pihak tidak berfikiran negatif kerana perayaan tersebut juga merupakan salah satu warisan negara tersebut.

Saya cuma seronok apabila dapat mengetahui budaya luar sebab saya pun sukakan warisan. Tidak lebih daripada itu. Saya harap, tidak ada mana-mana pihak cuba memperbesarkan perkara ini, Tak salah kalau kita ambil tahu tentang warisan lain yang ada di Asia.

Kalau nak tahu, Selain Remy, ada juga beberapa artis tempatan lain yang turut memeriahkan pesta itu antaranya Ana Dahlia dan Karl Shafek.

Untuk pengetahuan, filem terbaru lakonan Remy iaitu CEO Bakal ditayangkan pada 12 Jun 2014 dan turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Beto Khusyairi, Christina Suzzane, Deana Yusof dan Jalaluddin Hassan.

SKIP THIS AD ×