berita

Tolak Kehidupan Istana, Putera Harry Dapat Kerja Sebagai Eksekutif Teknologi

March 24th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, isteri kepada Putera Harry iaitu Meghan Markle mendedahkan beliau pernah berniat untuk membunuh diri ekoran tidak sanggup lagi berdepan diskriminasi dan sifat perkauman terlampau dalam sistem monarki keluarga diraja Britain.

Artikel berkaitan: Diskriminasi Terlampau, Isteri Putera Harry Pernah Fikir Untuk Bunuh Diri?

Artikel berkaitan: Terkejut Dengan Pengumuman Putera Harry & Meghan, Ratu Elizabeth Adakan Mesyuarat

Terbaru, Putera Harry memberitahu bahawa beliau telah menyertai syarikat Lembah Silikon, BetterUp sebagai Ketua Pegawai Impak.

Mempunyai sifat kemanusiaan

Menerusi laporan BetterUp, organisasi tersebut menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kesihatan mental kepada pelanggan. Laman web syarikat itu turut menyenaraikan Harry sebagai sebahagian daripada pasukan kepimpinannya. Ini kerana, beliau seorang individu yang mempunyai sifat kemanusiaan, veteran dalam bidang ketenteraan serta seorang yang menyokong kesihatan mental dan ahli alam sekitar.

Harry menyertai syarikat itu beberapa minggu selepas beliau dan Duchess of Sussex, Meghan Markle, membuat pendedahan mengejutkan dalam rancangan temubual Oprah Winfrey berhubung keputusan mereka meninggalkan istana.

Tambah laporan tersebut, The Wall Street Journal merupakan sumber yang pertama melaporkan mengenai berita tersebut. Jelas akhbar itu juga, Harry berperanan menyediakan input bagi keputusan strategi produk dan sumbangan amal, serta memberikan sokongan secara terbuka mengenai topik berkaitan dengan kesihatan mental. Mengenai bayaran yang akan diberikan kepada Harry, BetterUp dipercayai enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Minat untuk membantu pasukan Robichaux

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BetterUp, Alexi Robichaux, Harry memberitahu kepadanya bahawa beliau minat untuk membantu pasukan Robichaux. Tambah Alexi, Harry turut mendapat manfaat daripada bimbingan yang disediakan oleh BetterUp.

Apa yang menarik perhatian beliau mengenai BetterUp adalah mengenai misi syarikat untuk mencungkil potensi individu di mana sahaja yang memerlukan inovasi, impak, dan integriti.

Sumber: BetterUp

SKIP THIS AD ×