berita

‘Tolong Jaga Anak Akak Ye’ – Meninggal Dunia Ketika Bersalin, Permintaan Terakhir Ibu Ini Sebak

April 30th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Selepas sembilan bulan mengandungkan zuriat ke-empat, seorang wanita meninggal dunia akibat komplikasi semasa melahirkan bayi. Meskipun si ibu tidak dapat diselamatkan, bayi perempuan di dalam kandungan berjaya dilahirkan.

Tidak dapat dibayangkan perasaan suami menerima ujian sehebat ini. Di Facebook, photographer kongsi gambar photoshoot keluarga tanpa arwah ibu di sisi. Sebak.

Tunaikan amanah arwah Elin

“Mommy ada kat syurga”

Hampir 6 bulan arwah Ad’lean Nael’da meninggal dunia. Akhirnya, kami tunaikan amanah arwah Elin utk buat photoshoot anak bongsunya Eva Miranda. Perasaan hiba bila anak sekecil ni tau mommy dia menanti dia, abang dan adik dia di syurga kelak.

Pada 19th April kami datang ke rumah arwah di Ipoh. Seperti biasa anak-anak arwah dengan gembira menyambut kami depan pintu untuk photoshoot. Siap pegang tangan ajak masuk. Tolong angkat barang. Aku tak tau nak start mcm mana. Sebut Assalamualaikum pun dah kedengaran sebaknya disitu. Dalam hati berkali-kali aku sebut Ya Allah, aku kena kuat sebab ni amanah. Masa tu bayang suami arwah tak kelihatan lagi. Yang menyambut kami masa tu anak-anak arwah dengan baju princess masing-masing berwarna pink. Masing-masing dah excited.

Air mata ku tahan dari jatuh

“BABY EVA MIRANDA”

Kalau dulu setiap kali datang untuk shoot, muka arwah yang pertama akan menyambut kami didepan pintu sambil tersenyum. Tapi hari ni kami datang, rasa kosong sangat. Kosong sangat-sangat. Selalu kami sampai rumah clients mesti nak tengok baby dulu. Di rumah arwah, kami setup terus setup props dulu. Pura-pura macam sibuk sangat. Padahal, airmata ni aku tahan dari jatuh mengalir.

“Elin, Kak Zara tak kuat lagi nak tgk baby Ava..”

“Kak Zara takut Kak Zara nangis ingat awak Elin…”

Intan, salah seorang ahli keluarga datang menyapa kami.

“Kak Zara nak tengok baby Eva”

Aku selalunya memang tak sabar nak tengak baby.. Tapi kali ni aku seperti mengelak. Bukan sebab tak suka. Tapi aku takut aku akan menangis. Setelah siap setup semua props, tibalah masanya aku kena siapkan baby Eva.

Masih ingat kata-kata arwah padaku

Akhirnya mengalir juga airmata ini. Aku cepat-cepat mengesat airmata ni supaya Intan tak tengak. Dada berdegup kencang sangat sepanjang aku siapkan baby Eva Miranda. Beberapa minit kemudian baru kelihatan suami arwah turun dari tangga. Kelihatan wajah suami tenang sambil tersenyum. Dalam hati dia tak siapa yang tahu.

Masih aku ingat kata-kata terakhir arwah padaku..

“Akak tau tak kenapa Elin ambil akak & Camora Arts compare dengan photographer lain?”

“Selain props, pic cantik semua, pic lawa, album kualiti, layan baik, memang Camora Arts the best!”

“Tapi paling utama issasss, akak & team Camora Arts tak sombong. Walaupun dh level2 King, shoot artis2, VVIP, org kaya raya & gol elit akak tetap layan rakyat marhaen macam saya ni elok. Tak pernah double std. Itu yang buat & fam pilih Akak & Camora Arts”

“Elin harap akak akan kekalkan kehumblean akak & team. In Sha Allah akak akan jadi king dlm industri Maternity & Newborn photography ini”

“Dalam sakit2 pun, akak masih ingat yang lain”

“Nanti ms akak dtg shoot baby Elin nanti, Elin belanja Akak mkn sedap2 skit. Apa yg akak & Camora Arts buat lebih drpd tu. Takat bayaran pakej tu mmg lebih dr berbaloi. Xpnh lg Elin rasa akak layan clients double standard. Sakit2 pun layan kami tip top.”

~ Arwah Elin~

‘Kalau akak tak ada, tolong jagakan anak-anak akak ye’

Melihat ramai sangat yg membantu menjaga anak-anak arwah, aku tahu arwah meninggalkan kenangan manis dalam setiap orang yang mengenali dirinya. Sampai satu tahap, aku merasakan arwah benar-benar bidadari syurga.

Semasa baby Eva tengah menyusu, sempat lah kami bertanya pada Intan, mcm mana saat terakhir arwah. Kata Intan, bila dia ingat balik… memang arwah Elin macam tau je dia nak pergi. Intan bagi tau.. Kalau Intan berborak malam2 dengan arwah, Arwah selalu ingatkan orang keliling dia…

“Kalau akak tak ada, tolong jagakan anak-anak akak ye…”

Even Masa arwah start sakit, walaupun kebanyakkan masa arwah kat bilik. Intan bagi tau dalam keadaan sakit arwah gagah buat persiapan barang2 Baby Ava selepas lahir nanti. Arwah macam dah tau dia nak pergi dah… Bila Baby Ava lahir, tak ada apa yg perlu dibeli. Semua dh tersedia.

Alhamdulillah, Shoot berjalan dengan lancar walaupun pada ketika itu kami photoshoot dibuat ketika baby Ava Miranda berusia 5 bulan. Terima kasih untuk assistant ku Zamzarina Abdullah kerana berjaya laksanakan amanah ini. Untuk pengetahuan semua, kami juga merupakan photographer untuk anak arwah Elin yg ketiga selain dari maternity photoshoot.

We re-create the family portrait photos they’d once taken but this time, with her beloved daughter, whom her wife never got to meet.

Al-Fatihah..

Zara Haleena
Owner & Principal
Camora Arts

Sumber : Zara Haleena

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×