berita

‘Tolong Jaga Mak Ayah’ – Pesanan Terakhir Jururawat Mangsa Kematian Ke-94

April 23rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perkembangan terbaru mengenai wabak Covid-19 di Malaysia telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah sebentar tadi. Menurut beliau terdapat penambahan 2 kes kematian yang direkodkan hari ini. Tambah menyedihkan lagi, salah seorang mangsa merupakan jururawat yang disahkan positif Covid-19 pada 5 April lalu.

71 kes baru positif

Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 90 orang telah sembuh. Ini menjadikan 3542 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 63.2 peratus.

Penambahan 71 kes baru positif Covid-19 dilaporkan pada hari ini. Jumlah keseluruhan kes dalam negara telah mencatat angka 5603 kes. Walau bagaimanapun, jumlah bilangan pesakit yang sembuh dilihat semakin positif selepas dilaporkan 90 pesakit telah sembuh dan dibenarkan discaj.

Meninggal selepas 17 hari dirawat

Menerusi laporan Harian Metro, jururawat yang meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) ,Kluang. Mangsa, Nadila Rahmat merupakan jururawat di wad ortopedik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, meninggal dunia selepas 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pesan jaga mak ayah

Kakak hanya maklumkan kepada keluarga dia perlu menjalani kuarantin kerana menjadi suspek jangkitan Covid-19 sebelum ke pusat kuarantin di Pagoh pagi pagi 5 April lalu. Itulah kali terakhir kami sekeluarga bertemu kakak.

Ibu menyerahkan semula telefon kepada saya sebelum kakak berpesan supaya sentiasa jaga emak dan ayah. Kakak memaklumkan dia akan ditidurkan di ICU bagi memasukkan ubat.

Itulah kali terakhir kakak bercakap dengan ibu dan saya sebelum menghembuskan nafas terakhir tengah malam tadi

Menurut adik mangsa, kakaknya sudah mula tidak sihat pada awal April yang lalu apabila mengalami batuk dan tidak berselera makan, namun mereka tidak mengesyaki apa-apa.  Kali terakhir dia berhubung dengan kakanya itu ialah pada 7 April lalu. Kakaknya sempat berpesan kepadanya agar menjaga kedua orang ibu bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×