berita

‘Tolong Jangan Aibkan’ – Suami Sangkal Dakwaan Isteri Meninggal Dunia Kerana Pencemaran Udara Di Pasir Gudang

July 8th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini penduduk di Pasir Gudang sekali lagi digemparkan dengan pencemaran udara insiden yang serupa selepas 3 bulan berlakunya pencemaran pertama. Pencemaran udara dikatakan berpunca daripada bau gas petroleum cecair.

Terbaru, tular berita yang didakwa seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa pertama meninggal dunia akibat pencemaran udara di Pasir Gudang. Menurut laporan Metro, berita kematian yang tular itu dikatakan palsu dan tidak benar sama sekali. Suami kepada wanita tersebut, A. Bakar Abd Rahman menggesa agar netizen menghentikan khabar angin palsu ini.

Berita palsu tersebar

Berita palsu kematian mangsa di Pasir Gudang tersebar

Menurut laporan dari suami Marini, A. Bakar orang yang bertanggungjawab menghantar isterinya itu ke Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas isteri mengalami sesak nafas pada 5 Jun, 10 malam.

Tolong jangan aibkan dan menambah derita kami. Kejadian berlaku dengan cepat apabila isteri mengalami sesak nafas dan dibawa menaiki ambulans. Dia kemudian dipindahkan ke zon kuning dan zon merah sebelum dipindahkan ke dewan bedah HSI.

Isteri saya yang berniaga burasak memang ada sakit dan hidap darah tinggi sebelum meninggal dunia pagi semalam. Doktor ada memaklumkan paru-paru isteri sudah dimasuki air dan kekurangan oksigen.

Saya tidak menuduh mana-mana pihak

Tambahnya lagi, isterinya  itu mempunyai rekod perubatan berkaitan darah tinggi sejak dua tahun lalu dan telah disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada sekitar jam 4 pagi. Malah, dia tidak pernah mengaitkan kematian isteri berpunca daripada pencemaran Sungai Kim Kim mahupun pencemaran udara di Pasir Gudang.

Saya tidak menuduh mana-mana pihak atau menimbulkan spekulasi dan saya tidak pasti isteri saya meninggal akibat pencemaran atau penyakit lain.

Setahu saya dia mempunyai penyakit darah tinggi dan paru-paru dan doktor sahkan kematiannya akibat kegagalan jantung berfungsi. Itu saja yang saya tahu.

Saya baru kehilangan isteri

Susulan dari berita palsu yang tersebar mengaitkan kematian isterinya, A. Bakar dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan selama dua jam.

Saya ditanya sama ada mengesyaki sesuatu ketika di hospital. Kalau doktor, buat kerja jujur untuk selamatkan isteri dan beritahu isteri saya sudah tidak boleh diselamatkan, saya terima. Tapi kalau tidak jujur dan berlaku sebaliknya, saya tidak tahu.

Meskipun sukar untuk terima kematian insan tersayang, A. Bakar reda dengan situasi ini dan dia agak terkejut dengan tersebarnya berita palsu di media sosial.

Saya kesal kerana tidak ada pun mana-mana NGO bertemu dengan saya, tetapi gambar kenangan saya bersama arwah isteri dan mengaitkan kematiannya dengan pencemaran Sungai Kim Kim dikongsi di media sosial. Tindakan tular itu menyebabkan saya diajukan soalan bertubi-tubi.

Kalau mereka berperikemanusiaan dan tidak mempunyai kepentingan diri atau tujuan tertentu, mereka sepatutnya faham keadaan saya yang baru kehilangan isteri.

Kenyataan akhbar

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×