berita

Tolong Jangan Jadi Seller Macam Ini, Kita Yang Nak Membeli Ini Dilayan Macam Pengemis

February 19th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Kecanggihan teknologi kini telah memudahkan kita untuk berniaga atas talian dan memudahkan komunikasi bersama pelanggan. Perniagaan online ini makin dapat sambutan dalam kalangan peniaga kecil untuk memaju dan melariskan produk mereka.

Namun, peniaga atas talian juga perlu mempunyai etika untuk memberi layanan terbaik buat pelanggan yang berminat untuk membeli produk. Walaupun tidak berdepan secara muka dengan pelanggan, namun, adab yang terbaik perlu diberi ketika melayan pelanggan di media sosial. Ini kisah gadis yang mendedahkan sikap biadap peniaga tiada etika melayan pelanggan.

Jangan jadi peniaga macam ini!

Nak berniaga perlu jaga adab dan bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki. Malah, ada segelintir peniaga online yang kurang mesra dan etika ketika melayan pertanyaan setiap pelanggan.

Penggunaan emoji amat berkesan dalam berkomunikasi bagi menunjukkan mood serta emosi ketika itu. Jika tak mahu rugi, balas pertanyaan pelanggan secepat mungkin bagi mengelakkan pelanggan mula mencari stok pada peniaga lain. Kan dah rugi.

Elakkan dari balas sepatah-patah dan tawarkan servis penghantaran sebaik mungkin bagi memudahkan pelanggan mendapatkan barang yang diinginkan.

Membeli ikut masa peniaga

Ini adalah keratan gambar yang dikongsi seorang gadis di laman Facebook mengenai perbualan yang kurang mesra ketika dilayan peniaga tersebut.

Jawab sepatah

Peniaga ini kelihatan jawab sepatah setiap pertanyaan dari pelanggan mengenai masa, resit dan alamat ketemu.

Ugut pelanggan

Peniaga juga sempat ugut pelanggan yang tiba lambat ke rumah untuk ambil barang. Akhirnya, barang tersebut dibatalkan gadis ini sendiri atas sikap peniaga yang kurang adab melayan pelanggan dengan baik.

Credit: Facebook Nur Liyana Farahin

SKIP THIS AD ×