berita

Tomok & Arrian Dilamar Produksi Antarabangsa. Wah, Bangga Kami!

July 17th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

tomok2

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak ada siapa yang tahu. Haa, jangan pelik atau hairan kerana pagi-pagi lagi kami dah bagi peribahasa begini.

Sebabnya, kami amat teruja dan berbangga dengan bekas vokalis kumpulan New Boyz iaitu Tomok. Nak tahu kenapa? Jom baca perenggan seterusnya. Hehe.

Beberapa hari lepas, kami mendapat khabar bahawa jejaka ini telah dilamar oleh sebuah syarikat produksi dari Hollywood. Wow!!

Tomok

Baguslah rezeki dibulan Ramadhan. Dengar cerita, kru produksi tersebut adalah team yang sama  bertanggungjawab dalam pembikinan siri terkenal, Oprah Winfrey.

Namun, bukan Tomok yang ingin disunting, tetapi kru produksi ini berhasrat untuk menggunakan beberapa footage daripada video Majlis Aqiqah Arrian di dalam siri mereka.

Teruja kami saat membaca nota perkongsian Tomok di laman Instagram  yang diemelkan oleh peminatnya kepada kami semalam. Mana taknya, kecil-kecil lagi keletah Arrian dah berjaya mendapat perhatian. Cuba bayangkan kalau Arrian dah besar nanti. Pasti famous!

Screen Shot 2014-07-17 at 07.43.28

Kalau korang nak tahu, melalui kapsyen pula, Tomok menjelaskan dia benar-benar terkejut dengan pelawaan itu. Iyalah, sepanjang menyanyi belum pernah Tomok diundang macam ni tau! Hehe. Mungkin juga ini rezeki anak-anak memandangkan isteri Tomok kini sedang mengandung cahaya mata kedua mereka.

Apapun, tahniah kepada Tomok. Bagi kami tak salah pun kalau Tomok bersetuju. Disamping dapat mengetengahkan budaya dan adat kita, dapat juga Arrian mengecapi populariti. Tak gitu?

Jom kita tengok sikit video yang dapat perhatian produksi antarabangsa ni. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×