Pelakon, penyanyi dan pengarah Datuk Awie menyifatkan filem pertama arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak tidak mempunyai unsur negatif seperti yang didakwa oleh netizen.
Artikel Berkaitan: Noralbaniah Enggan Ungkit Kisah Masa Lalu Anak
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Hebat Untuk Orang Dengki, Tapi Saya Tahu Ada Agenda Peribadi Yang Mahu Runtuhkan Rumah Tangga Saya’
Tonton dulu baru cakap
Menurut Awie, filem tersebut mempunyai mesej positif yang ingin disampaikan. Tambah Awie, dia berharap netizen menonton terlebih dahulu filem berkenaan sebelum membuat pelbagai andaian kurang baik hanya disebabkan trailer filem berkenaan.
Tengoklah dulu apa yang diceritakan dan apa yang dipersembahkan. Apa yang kita perjuangkan dalam filem ini. Jadi, kalau kita tak tengok dan dengar komen orang dari luar saja, tak adil. Tengok dulu dan betulkan apa pemikiran negatif mereka.
Buat apa kita cuba menegakkan benang yang basah. Kita tak nak sebenar, buat apa? Tapi, kita cubalah perbaiki supaya benda yang elok itu, kita lebih elokkan. Jangan kita rosakkan, sayanglah kalau kita tak jaga.
Awie yang ditemui ketika tayangan perdana filem tersebut baru-baru ini, turut berkata, kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya kerana sifat ingin mengambil tahu itu semakin kurang.
Saya bercampur dengan semua golongan masyarakat. Saya bercampur semua, baik (orang) atas, baik yang di bawah, memang semua saya campur dan saya tahu pergerakan itu, saya tahu.
Rasanya di sekeliling kita, di sebelah rumah pun dah ada ahli-ahli ini, cuma kita saja yang tak nak ambil tahu. Kalau kita ambil tahu sedikit, mungkin kita tahu benda ini yang sebenarnya lebih bagus daripada politik.
Mereka ini (kumpulan pertubuhan) lebih ada ‘sense of family’ (rasa kekeluargaan) dan patutnya tidak boleh jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain. Mereka ini sebenarnya lebih murni perjalanannya.