berita

Tonton Dulu Tanda Putera, Baru Nilai – Shuhaimi Baba

August 21st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Tanda Putera Movie Screening-23

Berkenaan isu penangguhan tayangan filem Tanda Putera yang ditunda hingga setahun lamanya, kini Datin Paduka Shuhaimi Baba mampu menarik nafas lega kerana ia bakal ditayangkan pada 29 Ogos 2013.

Shuhaimi selaku pengarah filem tersebut mengakui momentum Tanda Putera sedikit sebanyak telah jatuh berbanding tahun lepas namun masih menyimpan harapan agar penonton terus menyokong filemnya.

Saya harap semua masih memberi sokongan dan menonton filem ini. Kami faham selepas setahun menunggu, momentum filem ini dah turun tapi kami harap minat penonton masih berterusan.

Jika diimbas semula, Tanda Putera pernah mendapat tentangan hebat daripada sesetengah pihak kerana menyentuh isu rusuhan perkauman yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Shuhaimi yang ditemui sewaktu majlis pra-tonton Tanda Putera malam tadi menyatakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Kami marah filem ini diputar belit dan digunakan untuk agenda politik hingga ianya tertunda. Kami cuma mahu berkongsi sejarah dan pengorbanan yang dilakukan oleh dua orang negarawan berjiwa kental demi menyelamatkan negara.

Mereka yang menimbulkan kontroversi ini sebenarnya tidak adil. Saya harap mereka tonton dulu filem ini dan kemudian buatlah penilaian sendiri.

Tanda Putera Movie Screening-90

Shuhaimi bersama barisan pelakon utama Tanda Putera

Melalui karya Tanda Putera, Shuhaimi mahu masyarakat memberi peluang kepada filem-filem sejarah untuk menapak di dalam industri.

Timbul juga kerisauan kerana orang kurang gemar tonton cerita sejarah, tapi tak bermakna ia membosankan. Jika kita tidak menilai sejarah, tak mustahil kita akan mengulangi kesilapan yang sama.

Dalam masa sama, Shuhaimi turut berharap syarikat-syarikat korporat bermurah hati untuk menaja tayangan Tanda Putera di kawasan luar bandar untuk dipertontonkan kepada pelajar-pelajar dan generasi muda.

SKIP THIS AD ×