berita

‘Tonton Stesen TV Dari Android Box Sama Seperti Sokong Pencuri’ – Aziz M Osman

December 30th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Penggunaan Android Box yang semakin meluas pada hari ini membuatkan ramai pengguna mengambil keputusan untuk berhenti melanggan stesen TV berbayar.Hanya perlu ada sambungan internet, penonton boleh menonton pelbagai rancangan menarik di seluruh dunia secara ‘on demand’, malah boleh disambungkan dengan Youtube dan Netflix.

Sama seperti menyokong ‘pencuri’

Foto: Aziz M. Osman

Dalam satu perkongsian yang dimuatnaik oleh seorang penerbit terkenal di Malaysia, Aziz M. Osman, beliau menyatakan menonton stesen TV dari Android Box sama seperti menyokong pencuri filem atau sering dikenali sebagai ‘cetak rompak’.

Sy bukan penyokong stesen tv berbayar. Tp menonton stesen tu dari android box sama jg dgn menyokong pencuri.

Komen orang ramai

Foto: Aziz M. Osman

Perkongsian itu turut dibanjiri komen orang ramai yang juga menyokong kenyataan beliau. Menurut salah satu komen di perkongsian itu, ada yang berkata bahawa orang yang menonton filem secara haram bukan sahaja menyokong pencuri, tetapi ikut sama mencuri. Orang yang sudah terbiasa menonton secara haram seolah-olah sama bersubahat dalam menyokong platform ‘cetak rompak’. Hargai penat lelah orang yang berkarya, sama-sama kita menyokong industri filem tempatan supaya dapat dikenali di persada dunia.

Terbaru, Aziz M. Osman tampil dalam drama Kampung Pisang Bersiri-siri yang telah pun mula disiarkan sejak 7 Disember lalu. Tidak dapat dinafikan francais “Kampung Pisang” cetusan pengarah tersohor Mamat Khalid telah menjadi fenomena sejak kali pertama ia diperkenalkan pada tahun 2007.

Masih mengekalkan elemen komedi, siri ini dijayakan oleh Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, dan Mat London. Pada masa sama, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, dan Joey Daud juga akan membuat kemunculan khas dalam siri yang mempunyai 12 episod kesemuanya.

Sumber: Astro AwaniAziz M. Osman.

SKIP THIS AD ×