berita

Tonton Video Menarik Media Prima Dalam Kereta Grab!

June 20th, 2018 | by Shafika
Make-It-Senang

Selain daripada menikmati perjalanan yang selesa menuju ke destinasi, pengguna Grab kini berpeluang menonton kandungan menarik yang disediakan daripada pelbagai platform Media Prima. Antara kandungan yang bakal ditayang di dalam kereta Grab  adalah video gaya hidup SAYS, Buletin TV3 dan program bual bicara Kata Serasi.

Menerusi kerjasama bersama Grab Malaysia ini, Media Prima Digital (MPD) menyasarkan untuk meluaskan capaian pengguna dan mengukuhkan posisi sebagai peneraju digital pertama di Malaysia. Pada masa yang sama, ianya berpotensi memberikan pulangan dalam bentuk perolehan iklan apabila lebih ramai pengguna Grab mendapat akses tontotan berkenaan.

Mahu mendapat tontonan lebih tinggi

Ketua Eksekutif MPD, Rafiq Razali, berkata kedua-dua pihak akan memperoleh manfaat daripada kerjasama ini tapi ia bukan matlamat utama yang ditetapkan dalam jangka panjang.

Kami mahu menambah jumlah penonton untuk kandungan yang disediakan oleh Kumpulan Media Prima dan dengan bertambahnya jumlah kereta yang dipasang dengan platform ini, maka ia membawa peluang yang lebih besar untuk mendapat lebih ramai penonton.

Kami juga akan memantau maklum balas dan respons pengguna dalam tempoh enam bulan akan datang dan MPD bertuah kerana kami dapat menjalin kerjasama dengan rakan perniagaan yang kukuh seperti Grab.

Mengulas lanjut, pihak MPD menyasarkan lebih 1,000 kereta Grab akan dilengkapi dengan platform media berkenaan menjelang akhir tahun ini. Kerjasama berkenaan dapat memberikan nilai tambah dan pengalaman dalam kereta yang selesa dan bagus kepada pengguna dan pemandu Grab.

Akan memastikan kelengkapan peranti dalam kereta

Grab juga akan bekerjasama dengan pemandu dan rakan perniagaan yang lain bagi memastikan kelengkapan peranti dalam kereta supaya pengguna dapat mengalami pengalaman tontonan dan pemanduan yang lancar.

Dalam masa yang sama, Grab juga akan berkongsi pandangan seperti lokasi tumpuan dalam memahami pola perjalanan pengguna Grab.

Pengguna Grab kini boleh menikmati kandungan terbaharu setiap minggu merangkumi empat segmen utama iaitu gaya hidup, hiburan, sukan dan juga berita.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×