Biasanya kita dengar jenama pakaian Topman memang sinonim dengan fesyen-fesyen yang dipakai oleh lelaki terutamanya fesyen yang terbaru dari UK.
Namun kali ini, Topman memberikan kelainan dan juga kejutan apabila buat pertama kali akan membawa turun band Spector dari UK yang dianggotai oleh 5 orang anak muda iaitu, Frederick Macpherson (vocalist previously of Les Incompétents & Ox.Eagle.Lion.Man), Christopher Burman (gitar), Thomas Shickle (bass), Jed Cullen (synth, guitar) dan Danny Blandy (dram).
Bekerjasama bersama Universal Music Malaysia, Spector yang popular dengan lagu ‘Never Fade Away’ akan membuat persembahan di Stage Club, Avenue K pada 6 Oktober ini bermula jam 8 malam. Kumpulan yang membawakan stail indie-chic ini juga mempunyai single-single yang hebat seperti ‘Chevy Thunder’ dan ‘Celestine’.
Jenama pakaian Topman akan turut memberikan tiket percuma kepada pelanggan mereka (Fashion Fast Forward Members) yang membuat pembelian melebihi RM200 dalam satu resit di kedai Topman yang terpilih iaitu di Topman Mid Valley Megamall dan Suria KLCC.
Jadi, apa tunggu lagi, pergi beli-belah untuk pakaian anda ketika menghadiri konsert ini serta dapatkan tiket percuma jika pembelian anda lebih dari RM200!
Mari dengar lagu berjudul “Chevy Thunder” dari Spector selepas ini!