berita

Trafik Sesak Sebab Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang, Graduan Tahan Motor Nak Pergi Majlis Konvokesyen

May 24th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Universiti Sains Malaysia

Graduan Universiti Sains Malaysia (USM) yang bakal menyertai majlis konvokesyen hari ini terkandas akibat kesesakan yang disebabkan kemalangan maut membabitkan lori dan treler di Kilometer 8.6 Jambatan Pulau Pinang.

Tumpang motosikal

Foto: Universiti Sains Malaysia

Tular di media sosial sekeping foto seorang pemuda yang memegang jubah dan mortar board berwarna unggu sambil berdiri di tepi jambatan.

Dilaporkan terdapat kemalangan teruk di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Pulau pagi ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan Graduan USM yang akan berkonvo ini dan semua graduan lain serta petugas dan pegawai yang akan memasuki pulau.

Mohon bantu tumpangkan beliau.

Pemuda itu juga kelihatan melambai ke arah kenderaan dipercayai untuk menumpang motosikal bagi melepasi kesesakan jalan raya untuk ke dewan konvokesyen.

Konvokesyen dilewatkan 30 minit

Foto: Universiti Sains Malaysia

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Universiti Sains Malaysia, graduan tersebut dikatakan telah selamat tiba di kampus induk untuk menghadiri konvokesyen beliau.

Terima kasih kepada semua yang membantu beliau.

USM sentiasa prihatin kepada para graduan.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan Universiti telah melewatkan majlis konvokesyen pada pagi ini selama 30 minit kepada graduan yang terlibat dalam kesesakan lalu lintas yang teruk.

USM juga memberikan penghargaan kepada semua atas kesepakatan dalam menghadapi situasi tersebut dengan hikmah.

Sumber: Universiti Sains Malaysia

SKIP THIS AD ×