berita

Ibu Sanggup Tinggal Dengan Anak Lumpuh Di USM, Bantu Uruskan Diri Sepanjang Pengajian

October 9th, 2023 | by Alia
Kini Trending

jaga anak lumpuh

Foto: Harian Metro

Seorang ibu sanggup berkorban menjaga anaknya yang lumpuh kedua belah kaki sepanjang pengajian puteri bongsunya di universiti.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Ditakdirkan Biarlah Dia Pergi Dulu, Saya Tahu Susah Orang Lain Nak Jaga’ – Zarina Zainuddin

Artikel Berkaitan: ‘Allah Lebih Sayangkan Ibu Untuk Pergi Selama-Lamanya’

Kasihnya ibu

jaga anak lumpuh

Memetik laporan Harian Metro, Rosmawati Salleh, 55, menemani anak perempuannya iaitu Nursyuhaila Abdullah semasa pendaftaran pelajar baharu di Universiti Sains Malaysia (USM) pada Ahad.

Pelajar berusia 21 tahun itu pernah mengalami masalah kesihatan iaitu tuberkulosis atau tibi yang menyerang saraf tunjangnya sehingga menyebabkan dia lumpuh hingga ke paras pinggang.

Alhamdulillah saya bersyukur ibu sanggup tinggal bersama-sama di USM sepanjang pengajian nanti. Saya memang sangat memerlukan bantuan ibu kerana kesan penyakit itu masih dapat dirasai.

Ada masanya saya mengalami kekejangan otot kaki yang menyukarkan saya melakukan urusan seharian selain perlu mengikuti rawatan susulan di Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital Pulau Pinang (HPP).

Dalam pada itu, Nursyuhaila menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan ibu yang sanggup membantu menguruskannya sejak di bangku sekolah lagi.

Menurutnya, semasa berada di tingkatan empat dia tidak dapat meneruskan ke sesi persekolahan sepanjang tahun tersebut berikutan masalah kesihatannya.

Jadi pada masa itu ibu jugalah insan yang banyak berkorban masa, tenaga yang hantar dan ambil dari sekolah. Ibu juga datang setiap kali pada waktu rehat tolong urus pergerakan saya ke tandas dan sebagainya.

Nursyuhaila juga menjadikan perit jerih ibunya sebagai pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya bergelar seorang pensyarah suatu hari nanti.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×