berita

Tragedi Balik Kerja, Seorang Maut & 5 Lagi Cedera Parah Dilanggar Pemandu Mabuk

November 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu olehnya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu oleh pemandu mabuk di persimpangan lampu isyarat Klebang, Melaka, semalam. Perkongsian itu dimuat naik di laman Facebook Siti Aisyah Mahmood yang menunjukkan beberapa gambar ketika kejadian.

Berita sedih

Menurut Aisyah, kesemua yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah pekerjanya. Dalam kejadian itu, mangsa yang bernama Abdul Rahim disahkan meninggal dunia manakala pekerjanya yang lain patah kaki, sesak nafas dan mengalami kecederaan di bahagian hati.

Bapa kepada staf kami Mawar, telah meninggal dunia di tempat kejadian. Mawar pula patah kaki dan adiknya cedera. Haikal pula hatinya luka dan sesak nafas. Amirul dan Afiq cedera. Mereka semua berada di hospital. Semua pekerja saya, motorsikal mereka remuk dan rosak. Kereta mawar jangan cerita memang hancur. Ya Allah sedih sangat. Semua mereka adalah pekerja saya yang terbaik. Allahu. Besar sungguh dugaan.

Ujar Aisyah lagi, motosikal dan kereta pekerjanya remuk dan rosak akibat kemalangan itu.

Ambil tindakan tegas

Saya minta kerajaan Malaysia ambil tindakan tegas kepada si pemabuk ini. Nyawa mereka yang tidak bersalah, yang berhati-hati di jalan raya yang melayang. Si pemabuk perlu ke muka pengadilan. Jangan bertangguh. Adili segera.

Selaku majikan, Aishah mohon pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pemabuk kerana banyak nyawa yang tidak bersalah dan berhati-hati di jalan raya melayang sebegitu sahaja. Setakat ini, tiada info lanjut mengenai kes ini. Sebarang info berhubung kejadian ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Sumber: Siti Aisyah Mahmood 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×