Seorang lelaki ditemui lemas manakala seorang lagi rakannya hilang sewaktu mereka bermandi-mandi di Pantai Teluk Batik di Lumut, Perak. Kejadian berlaku pada hari Ahad jam 6.55 petang itu menyaksikan mangsa bermandi-manda bersama lagi enam orang rakan yang lain.
Ditemui terapung
Memetik laporan BH Online, mangsa yang dikenali sebagai S Emmanuel Raj ditemui terapung dihanyutkan arus sebelum orang ramai menghulurkan bantuan. Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 petang di lokasi kejadian.
Sementara itu, seorang lagi rakannya iaitu R Vigneis belum ditemui. Laporan berhubungan insiden ini di terima Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Manjung, Pegawai Bomba Kanan II iaitu Abdul Hazhar Ismail pada jam 6.09 pagi.
Menurut laporan, mangsa pertama telah ditemui dan dibawa ke darat. Mangsa segera diberikan bantuan awal pernafasan oleh pasukan perubatan.
Sesak nafas dan letih
Difahamkan, ketika kejadian mereka sedang mandi di pantai, namun tiba-tiba ombak besar datang menarik mereka.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa masih dijalankan dalam lingkungan 50 meter daripada pantai dan lokasi lelaki itu dikatakan hilang.
Ketika itu saya hanya sempat menyelamatkan seorang rakan saja kerana sudah sesak nafas dan letih, manakala dua yang lain dapat selamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai. Cuma kedua-dua mangsa tidak dapat diselamatkan.
Operasi SAR turut membabitkan Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) Pulau Pangkor, polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam.
Sumber: BH Online