Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah memuat naik satu ciapan di akaun Twitternya bagi menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh warga Korea Selatan yang terlibat dalam tragedi di Itaewon Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Sambutan Halloween Di Itaewon Bertukar Tragedi, 149 Meninggal Dunia Akibat Rempuhan
Artikel Berkaitan: Penganjur Polis Antara Individu Bakal Didakwa Isu Rusuhan Bola Sepak Indonesia
Simpati akan rakyat Korea Selatan
Insiden rempuhan yang berlaku semasa pesta Halloween di Itaewon, Seoul, Sabtu lalu yang mengorbankan seramai 153 nyawa telah mengundang simpati orang ramai termasuk Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Turut bersedih dan berduka cita atas perkembangan tragedi tersebut, Saifuddin mewakili rakyat Malaysia, menzahirkan ucapan takziah kepada rakyat Korea Selatan yang terlibat.
Bagi pihak rakyat Malaysia, saya menzahirkan ucapan takziah kepada rakyat Korea Selatan dan mendoakan supaya keluarga mangsa yang terbabit diberi kekuatan dan semua yang cedera diberikan kesembuhan.
Berikutan itu, Kementerian Luar melalui Kedutaan Malaysia di Seoul akan terus memantau situasi itu.
Selain itu, beliau juga menasihatkan rakyat Malaysia di Korea Selatan yang memerlukan bantuan konsular supaya berhubung dengan pihak kedutaan melalui talian +821089748699.
Sumber: Berita Harian