berita

Tragedi Kebakaran Hutan Amazon, Leonardo DiCaprio Sumbang RM21 Juta

August 28th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kebakaran dahsyat hutan hujan Amazon di Brazil sejak beberapa hari lalu sememangnya mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat seluruh dunia. Mana tidaknya, dikenali sebagai paru-paru bumi, hutan itu menyumbang 20 peratus oksigen kepada dunia.

Baru-baru ini, aktor terkenal Hollywood Leonardo DiCaprio yang turut berasa terkesan dengan isu itu bertindak menyumbang sejumlah wang bagi membantu menangani krisis yang dialami.

DiCaprio derma RM21 juta

https://www.instagram.com/p/B1ltR2QgDXT/?utm_source=ig_web_copy_link

DiCaprio menerusi badan kebajikannya, Earth Alliance baru-baru ini mengumumkan sumbangan berjumlah AS$ 5million (RM21 juta) kepada Amazon Forest Fund.

Sumbangan itu diberikan bagi membantu memelihara dan memulihara hutan Amazon yang terbakar minggu lalu.

DiCaprio ‘bengang’ krisis hutan amazon tak dapat liputan meluas

https://www.instagram.com/p/B1b_JNIF1kg/?utm_source=ig_web_copy_link

Peminatnya di seluruh dunia pasti mengetahui bahawa aktor yang popular dengan filem Titanic itu merupakan seorang aktivis alam sekitar.

Jika dilihat di laman Instagramnya, DiCaprio sering menggunakan medium tersebut untuk menyuarakan keprihatinan terhadap isu berkaitan alam sekitar.

Malah, beliau juga turut memuat naik banyak gambar tentang kebakaran itu yang dianggap tidak mendapat liputan media antarabangsa.

Sekilas fakta

Kebakaran hutan Amazon di Brazil itu telah bermula sejak 16 ogos lalu akibat daripada musim kemarau.

Kebakaran di hutan Amazon dikatakan memang sering berlaku secara semula jadi, lebih-lebih lagi pada musim kering (Julai-Oktober). Namun malangnya, kebakaran kali ini amat teruk dengan peningkatan kebakaran sehingga 80 peratus berpunca daripada aktiviti manusia.

Untuk rekod pada tahun lalu, hampir 40,000 kes kebakaran direkodkan. Bagaimanapun pada tahun ini ia meningkat hampir dua kali ganda apabila dari Januari hingga Ogos sahaja, jumlahnya sudah mencecah hampir 73,000 kes.

Sumber: Instagram Leonardo DiCaprio, Earth Alliance, Free Malaysia Today

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×