Sebuah percutian idaman bertukar menjadi tragedi apabila sepasang suami isteri dari Malaysia ini mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca tingkap dalam satu kemalangan bot di Bali, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Dakwa Suami Hilang Di Genting Highland, Rupanya Isteri Dah Sembelih & Masak Suami Jadi Kari
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yazmin Aziz Sakan Bercuti Dengan Kekasih Baharu, Netizen Tanya ‘Bilik Asing-Asing Ke?’
Tidak bertanggungjawab
Menerusi ciapan di Twitter, seorang pengguna menceritakan detik buruk itu ketika dia dan suami berada di dalam sebuah bot yang dalam perjalanan dari Sanur menuju ke Nusa Penida di Bali, Indonesia.
Difahamkan pasangan itu menaiki sebuah bot laju yang didakwa telah melanggar ombar besar sehingga mengakibatkan kecederaan kepada penumpang.
Ketika kejadian, tingkap bot tersebut didapati pecah lalu mengakibatkan air memasuki bot sehingga menyebabkan suami wanita itu turut cedera di bahagian muka.
Naik bot laju ke Nusa Penida. Selepas itu, yang bawa bot main langgar je ombak besar. Kaca depan kami pecah. Air masuk dalam bot sampai penuh. Fahmy (suami) punya muka habis kena kaca.
Sudahlah orang baru lepas luka-luka, baru lepas panik bot penuh air, mereka boleh lagi gelak ketawa?
Dalam pada itu, kamera pasangan tersebut juga mengalami kerosakan kerana insiden itu namun pihak pengurusan bot berkenaan tidak endah atas aduan yang dilakukan.
Kamera aku dia periksa macam itu sahaja, lap-lap dan dia kata itu masuk bateri baru je dah okay. Wow, senangnya kerja? Terang-terang air masuk dalam kamera tu.
Lebih parah lagi, selepas kejadian itu dengan tanpa rasa simpati dan bertanggungjawab pihak pengurusan masih mahu meneruskan perjalanan.
Selepas ada dalam lima ke enam orang berdarah-darah dalam bot tu, dia boleh tanya lagi, nak teruskan perjalanan atau tak? Terang-terang orang luka berdarah-darah satu muka.
Wanita tersebut turut berkongsi beberapa keping gambar dan video yang memaparkan detik cemas semasa insiden itu berlaku.
‘Memang bad review..’
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata ramai warganet yang turut berkongsi pengalaman buruk yang sama ketika mereka bercuti di Bali dengan mendakwa aspek keselamatan kurang diberi perhatian.
Sumber: Twitter