berita

[VIDEO] Yazmin Aziz Sakan Bercuti Dengan Kekasih Baharu, Netizen Tanya ‘Bilik Asing-Asing Ke?’

June 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Penyanyi dan pempengaruh, Yazmin Aziz sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila dia dilihat teruja bercuti bersama teman lelakinya dipercayai di Bali, Indonesia.

Artikel Berkaitan: ‘Rasa Hubungan Kali Ini Akan Bertahan Lama’ – Yazmin Aziz Teruja Kekasih Minat Dekati Islam

Artikel Berkaitan: Yazmin Aziz Dedah Teman Lelaki Baharu – ‘Dulu Bola Sepak, Sekarang Bola Keranjang Pula’

Negara keempat

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Yazmin atau Yazmin Aldwin Abdul Aziz berkata itu adalah negara keempat dia dan teman lelakinya, Austin Veloso bercuti bersama.

Ini negara keempat kita bersama.

Penyanyi berusia 22 tahun itu dan kekasihnya yang merupakan atlet bola keranjang berasal dari Hong Kong tersebut dilihat menaiki pesawat bersama dan meluangkan masa dengan bermain boling.

‘Bilik asing ke?’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet suka melihat kemesraan pasangan ini. Bagaimanapun, ada diantara mereka yang tertanya-tanya adakah pelantun lagu Lihatlah tersebut tidur berasingan dengan teman lelakinya ketika bercuti.

Terdahulu, Yazmin Aziz mengakui sedang menjalinkan hubungan bersama Austin selepas putus dengan pemain bola sepak Brazil, Guylherme Brizolara.

@yazminaziz

Another couple goal unlocked ? #FYP #TikTokMY #Couple #CutiCutiTikTok

? original sound – Laureen Uy – Laureen Uy

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×