berita

Trailer: 47 Ronin Dedah Sejarah Samurai

December 10th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

47-Ronin-Character-Posters-Online-640px

Filem terbaru berjudul 47 Ronin arahan Carl Rinsch ini merupakan sebuah kisah benar yang terjadi pada abad ke-18 di Jepun.

Mengikut sejarah, Fourty-seven Ronin adalah sebuah cerita klasik yang mengisahkan tentang sekumpulan samurai yang ingin membalas dendam selepas sifu mereka mati di tangan pemerintah kejam.

Menerusi filemnya pula, kisah penuh dendam ini bermula apabila Kai (Keanu Reeves) menyertai kumpulan Ronin diketuai oleh Kuranosuke Oishi (Sanada) untuk menghapuskan Lord Kira (Asano) yang tidak berperikemanusiaan.

47-Ronin-Official-Trailer-1-47-ronin-35169249-1920-1080

Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Kai bersama Ronin yang lain sewaktu memburu Lord Kira dan hanya pahlawan sejati sahaja yang mampu mengalahkan kekuasaan pemerintah zalim itu.

Antara tarikan menarik di dalam filem bergenre aksi fantasi ini ialah teknik sinematografi yang cukup halus dan kreatif penghasilannya.

Menjalani penggambaran di Budapest, London dan Jepun, filem ini juga wajar diangkat sebagai salah sebuah filem yang mempunyai pemandangan indah selepas The Lord of the Rings.

Screen Shot 2013-08-06 at 13.40.13

Kalau anda nak tahu sama ada Kai berjaya membunuh Lord Kira ataupun tidak, sama-sama kita nantikan tarikh tayangan 47 Ronin yang jatuh pada 25 Disember 2013.

Sementara itu, mari tonton sedutan trailer di bawah untuk menyaksikan sendiri kehebatan Keanu Reeves berlawan menentang puak Lord Kira yang sukar dikalahkan. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×